Saturday 19 November 2011

Kahwin~

Hari ini aku dah kena daftar kolej dah! Setelah sekian lamanya aku berkurung di rumah, akhirnya! kembali lagi aku ke segamat yang di kelilingi hutan ni~ HAHA! Dari Jaybee nak ke kolej aku ni makan masa 3 jam.. itu kalau naik bas.. kalau naik kereta, ikut driver nye lah.. macam bapak aku tadi, pandu..alahai~ sopan~ huhuhu.. tapi still dalam lingkungan 3 jam jugak lah..
Ha, dalam perjalanan ni la ayah aku dan abang aku asyik bercerita aje.. semuanya pasal KAHWIN.. Aku sekadar pasang telinga je.. Bukan tak nak join berbual, tapi aku tak pandai nak selit bab2 macam ni.. hehehe~ *ketawa sopan*

Ayah aku kata, kahwin awal ni sangat di galakkan! Yela, ni semua untuk masa depan kot.. untuk diri sendiri jugak.. Bayangkan lah, kalau lelaki kahwin umur 22 atau 23 tahun,, bini pula, 19 xpon 20 tahun.. Nanti dalam umur 44 gitu(lelaki) , anak first dah belajar tinggi2, dah masuk U,(kalau berjaya).. dah boleh kerja, cari duit untuk bantu mak ayah.. So, mak dengan ayah tak perlu nak kerja gila2 lagi masa hari tua tu.. sebab anak2 dah boleh tanggung diri sendiri, dah pandai berdikari.. Cuba kalau lelaki kahwin umur 30, bini lak 20 lebih la.. nanti bila laki uw dah umur 44 tahun, anak masih kecil.. tak kira yang anak paling kecil lagi tu.. Kudrat da xde sangat tapi masih ada beban lagi.. Ha.. nampak tak permainan nye?? 
Lepas tu ada pulak abang aku cerita pasal kawan dia yang lelaki ni takut nak kahwin, sebab TANGGUNGJAWAB..
Okey, memanglah.. lepas kahwin, confirm tggungjawab kita semakin besar, bertambah.. TAPI, setiap manusia tu takkan lari dari tanggungjawab.. tak kira lah sama ada tggungjawab terhadap adik ke, parents ke.. So, nak tak nak, kahwin jelah! Mendirikan masjid tu kan satu ibadah yang di tuntut.. 
Soal calon pulak?? Hurmm... Calon nie terletak pada pilihan kita sendiri.. Tak kisah la korang suka yang macam mana.. asalkan korang dengan pasangan korang tu ada PERSEFAHAMAN.. 
Nak kahwin, tapi tak direstui??
Okey, yang ni selalu menjadi persoalan kan.. memang lah di ikutkan, RESTU itu penting.. Tapi, kalau yang kahwin tanpa direstui tu pun, dah cukup syarat, ada wali hakimnya, kahwin mengikut syariat, hukumnya sah.. Jadi, kalau mak dan ayah tak restu, tak apa, korang boleh teruskan perkahwinan tu,
 *aku bukan nak suruh jadi anak yang derhaka..*
Tapi, lepas kahwin tu still la hormat mak bapak.. ambil hati kedua mak bapak pasangan kita.. Lama-kelamaan insyaAllah, mereka akan restu..
Kes cerai?? 
Ha, mengikut kajian la kan.. kes cerai berai ni berlaku adalah di sebabkn tak ada Persefahaman, Keserasian, dan tumpuan terhadap kerja yang melebihi dari tanggungjawab terhadap keluarga.. Aku agak2 fakta ni 70% kot. huhu..
Sebab tu aku kata, tak kisahlah nak pilih sesiapa pun jadi pasangan hidup kita, asalkan kita dan si dia tu sesuai.. bukan sandaran pada rupa sahaja.. muka kalau lawa tapi panas baran nak buat apa.. -.-
haha.. okey lah ni je yang nak di sharekan,,~ *wink wink*

#sorry kalau tak best..=P

No comments:

Post a Comment