Wednesday 31 October 2012

Hanya Kerana 6 Jam.

Hurmm, 6 Jam? kenapa dengan 6 jam? well, today, 31 oct, me hangout with friends.. classmates U, and some of them dari Batu pahat, muar, and Kota Tinggi.. ermm.. 

Bukan selalu kan keluar jalan2 dengan kawan, dekat Jaybee pulak.. bukan selalu diorang turun Jaybee... and me, bukan selalu KELUAR RUMAH! ermm, TERcaps pulak kat situ.. --"

"Ayah boleh bagi angah keluar, tapi ayah bagi 6 jam jela, bole?" 
"Erm, boleeee~ " 

Nak tak nak memang aku kena jawab bole, kalau tak boleh, dia mesti tak bagi aku keluar.. But its okey, I dont mind.. memg aku keluar target nak balik petang.. Aku keluar pukul 11.30 pagi.. so kena balik pukul 5.30 petang.. 

"HAhahhahahahaha~ "
"Kacau mood laa"
"aku lupa kau susah nak keluar"
"Mane sempat nk pergi danga kalau dia ni kena balik pukul 5"

and bla bla  blaaa~ those words came out from my friends when I told them about I have 6 hours and have to go back home before 5.30pm.. 

well, I dont blame them, there is nothing for me to feel hurt or whatever.. memang aku tahu how my dad is. my dad agak control me, bila nak keluar with my friends tu.. tu kalau aku kat Jaybee.. cuba kalau aku kat Segamat sana, call kata nak keluar pergi ni ni  ni....boleh je! huh, k shut up...

Then seronok berjalan jalan,, tiba masanya 5.00.. tgah makan dengan diorg.. and tetiba diorg plan nak keluar jalan lagi, sampai malam.. n me was like,, "Wahh, kan best kalau dapat join sekali,,"

Cemburu.. aku cemburu dengan diorg yg boleh kuar jalan smpai malam.. aku,, tak boleh.. =( 

But nothing can do. Me still have to go back home b4 5.30.. 

then, aku menunggu my mum, amek aku.. malas nak balik naik bas.. mesti full je bas uw.. --"

Dalam kereta... *SILENCE* 

sampai rumah, aku beli chicken chop.. then aku makan with my mum.. and still.. suasana SENYAP ajee...

mama aku berbual dengan aku, but my respond : , "emmm" , "aah", "yelaa" 

Bukan marah pada sesiapa, cuma perasaan sedikit kecewa and terasa sedikit tentang apa yang berlaku terhadap aku.. I know, my dad is protecting me dari berlaku pape yg tak elok.. keluar malam, is not nice for girls, yeah I know.. and my friends, kata kata and gurauan mereka pada aku, biasa je.. aku memang dah biasa bergurau kasar dengan mereka.. so, its okey.. yeah, really.. its okey! *memujuk hati*

So,,, these are some of our pictures.. hee.. pape pon aku enjoy keluar dengan mereka semua!! ^_^







Thursday 25 October 2012

Dear awak, maafkan saya..

Assalamualaikum.. 

Dear awak, saya minta maaf kat awak, atas segala yang saya dah buat pada awak.. 
Saya tahu, banyak kali saya sakitkan hati awak dulu..
Saya ada baca inbox awak dgn Arin, pasal dulu.. masa saya berkawan dengan seorang lelaki yg bernama Alif.. 
Saya tak sedar yang saya dah berubah sejak berkawan dengan dia. 
Saya lupakan awak.,
Saya selalu kata saya sibuk bila awak nak ajak jumpa..
Saya seolah olah tak ada masa untuk awak.. 
Padahal dulu sebelum saya kenal dia, sesibuka mana pun saya, saya tetap ada masa untuk awak.. 
Saya tak pedulikan awak.. 

Tapi awak, tetap ada dengan saya, awak sabar dengan saya, awak tetap sayang saya.
Saya serbasalah dengan awak. Saya menyakiti hati awak. Maaf.
Maaf tentang semua itu.

Perkara ni memang dah lama, tapi, saya takut perkara ni masih membayangi awak dan saya. 
Awak, lepas saya tahu luahan awak pada Arin tentang saya, saya sedar, yang awak betul betul rindukan saya yang dulu.. 
oleh itu, saya cuba untuk buang semua kenangan saya dengan dia. 
Saya dah padam gambar saya dengan dia. 
Tak akan ada lagi kenangan lama.
Tak akan ada lagi kisah lama yang menyakitkan awak, dan merosakkan hubungan kita.

Saya sayang awak sangat sangat. 
Saya tak nak kehilangan awak.

Jadi, saya sepatutnya berterima kasih pada Arin, sebab dia, saya sedar semua ni.
Sebab ada dia, awak meluahkan apa yang awak rasa, 
dan sebab ada dia, hubungan kita masih kekal hingga kini..

Orang kata, biar hilang kekasih, jangan hilang kawan..
Tapi tidak bagi saya, saya tak nak hilang dua dua. 
Kawan dan kekasih, adalah orang yang penting untuk saya..

=)

Maaf sekali lagi, awak... 

Monday 22 October 2012

Selamat Tinggal Sahabat..


First time aku ada pengalaman, sahabat aku meninggalkan aku, dan semua perkara di dunia ni. 
11 Oktober 2012, pagi, seorang sahabat aku, Redzuan Shah bin Ismail, telah meninggal dunia di Singapore. Dia accident. tak silap aku, lori langgar dia. Masa tu dia bawa motor nak pergi kerja. hurmm, dah ajal kan, dia mati accident macam tu. simpati kat awek n family dia. macam mana lah awek dia tabahkan hati.. 

Ni la Redzuan Shah.. =)

Aku kenal Shah masa kitorang sama sama kerja dekat Guardian. kat situ, aku seorang je perempuan, yang lain pekerja lelaki. bujang pulak tu, haha, ada dua orang je yang sebaya dengan aku, lepasan SPM.. Shah ni pulak tua 3 tahun dari aku. sekarang nie patutnya umur dia 22 tahun. 

Mula mula kenal memang agak janggal, kena pulak aku ditugaskan untuk ajar dia cashier, huhu.. dan dalam diam, aku ada jugak menaruh hati pada dia. dan dia pun tahu aku suka dia. hahaha. tapi dia dah ada awek, jadik kami berkawan saja. =) 

Memang kitorang agak rapat, biasalah dah kerja satu tempat kan.. kawan kawan yang lain pon aku rapat jugak, macam Shabil, Haziq, Epul, Haszrul.. dah macam adik beradik dah. 

Teringat dulu, masa aku, Shah and Shabil kerja sama shift, balik malam, dalam pukul 10.15mlm gitu,, Shah ajak aku and Shabil pergi satu tempat rahsia dia, tempat lepak and kedai baju yang cantik cantik, yang orang ramai tak tahu, hehe, nasib baik mood ayah aku okey, bagi aku ikut Shah and Shabil keluar kejap malam tu. tempat kerja aku tu kat tengah bandar, dekat je dengan bazar karat. tempat tu pon dekat dekat dengan kawasan situ.. sekarang aku dah lupa tempat tu kat mana.. huhuhu

Ada juga aku dengan Shah keluar pergi makan, masa rehat.. dia ajak aku pergi tempat makan yang murah, and sedap. tempat tu pon tersorok jugak, tapi dalam CS la. aku dah tak ingat kat mana tempatnya, and aku ada amik gambar dia, haha *dia suruh*.. 

gambar masa lunch sama.. *saje possing stress!* haha

Masa kerja, dia lah yang paling nakal, huhu. kadang nak makan, bukannya bayar dulu,, dia main amik, lepas dah habis makan baru dia bayar. tu yang kitorang ikut perangai dia. Hahaha. Lepastu dia suka mengular, jalan jalan, tak pun main keluar je, semata mata nak beli gula getah. hahaha. kitorang ni pulak yang kena cover dia. --" 
Takpun tempat lepak dia, dalam tandas kat guardian uw.. berejam duduk dalam toilet konon kata sakit perut, padahal..... nak bergayut dengan awek dia! hahaha.. macam kitorang tak tahu je kan.. =P

Haihhhh.. macam macam kenangan yang ada. tak sangka kau pergi begitu awal. tak sempat aku nak jumpa kau, Shah.. tak kesampaian nak lepak sama sama dengan Shah, Shabil, Haziq,,, macam dulu.. =(

 apa apa pun, aku doakan, kau tenang kat sana, semoga kau ditempatkan di kalangan orang orang yg beriman.. Amin.. =')