Friday 30 November 2012

Sakit Hati!

Benci! menyampah! Sakit Hati! Tak suka!!

Aku rasa macam nk jerit je semua perkataan uw depan depan dia!!
Dari petang tadi, sampai malam ni weyh aku terasa lagi!!

Mulut ni rasa macam nak keluar je kata kata kesat!! 

Ahhh #%&^&$#%$&^(^(!!!!!!!!!!!!!

Aku memang saje nk komen status budak pompan kesayangan kau dulu tu sebab aku nk bagi dia terasa,. yela, asyik pasal KARMA aje. macam dia seorang tahu pasal Karma tu! Bosan la setiap status pasal benda yg sama macam tu! aku kalau boleh nk unfriend perempuan tuu! Tapi sebab aku nak tahu dia contact kau lg ke tak, aku TERPAKSA friend!!

Pastu bila kau pon join komen status uw, aku lagi la nak buat dia terasa, saje nk bermanja dengan kau, tapi kau..... buat tak tahu. then biar komen uw tergantung macam tu! macam aku ni SYOK SENDIRI kan????

Kau mesg aku kata,, "Malaslah balas komen awak tu,,"

Yela, sebab takut menyemak dekat status dia la kan~ but then aku suruh kau balas supaya benda tu tak tergantung, kira kau layan aku jugak laaa, TAPI, KAU?? tanya aku "laaa, kenapa pulak??" lepastu suruh padam!!!!

Fine, aku padam!! Sakitnya hati!! Rasa macam kau backup perempuan tu jeeeeeeee!!!!  Langsung tak faham pape kan???!!!!!!!!

Haishhhh aku taip ni pon tekan kuat kuat keyboard! Lantak lah rosak pon! aku nak lepas geram!!!

@#$(*$(#$@#&*_%%!%*!!!!!!!!!!!!!!!

Baik aku sambung kemas barang, nak balik UiTM esok!! BYEE!!!


Saturday 17 November 2012

GoodLuck awak!

Hey2, ada orang tu nak tinggalkan saya pergi Shah Alam.. wuwuwuw~
Hehe, itu pon sebab orang tu join KARISMA =)

Mr. N join sukan Badminton, lawan dengan UiTM cawangan lain. 2 minggu dia busy dengan KARISMA.
Aku je busy dengan kerja. hee~

well, rindu tetap ada.. hari2 rindu kat dia. =) 
And aku, ada plan nak buat something utk dia before dia start perlawanan. Jarak jauh ni bukan penghalang, kan? kan? hehe so, aku pon fikir-fikir laaaaaaa... dan TING!!!

Muncul satu ideaa~~ 

Ehemm aku ingatkan nak buat note kata2 khas utk dia sebagai kata semangat,, tapiiiii melalui GAMBAR!! 
Yup gambar.. =) 

Itu je kemampuan aku untuk buat benda ni setakat ni. kalau bole aku nak je pergi Shah Alam sana, teman dia, tengok dia berlawan, sentiasa ada dengan dia macam SUKOL hari tu,, tapi apakan dayaaa~ hukhuk *kesat air mata* 

aku x tahu nak taip ape je nie.. tapi meyh la aku tunjukkan hasil aku untuk si dia yang aku CINTAI ituu ~ =)


Kepada awak Mr.N,, walaupun saya xde dengan awak secara jasadnya, tapi sye tetap ade disisi awak, menyokong awak, xkan benarkan awak give up!! you do ur best, saya sentiasa ade mendoakan awak, kemenangan awak, ketabahan awak, kesihatan awak. =') ILY <3

Friday 9 November 2012

Hari Tangisan Buatku

Perasaan sedih masih tak hilang lagi. dan aku penat menangis untuk result aku yg teruk ni. 
Aku seakan tak dapt terima kenyataan. Kenapa? 

Mama aku pujuk aku, "Tak ape la, sem depan bole cuba lagi. akak dah berusaha, bukan x berusaha." Airmata mengalir~

Aku cuba pujuk hati aku, ada hikmah di sebalik apa yang aku dapat sekarang nie. Allah tahu apa yg terbaik untuk aku. ini adalah rezeki aku pada sem ini. Aku menangis lagi.

Kawan aku mesg aku, "Fit, ape cer result?" 

Hahaha, aku mampu gelak palsu ajelaa.. aku segan nak bagitahu dia, sebab aku tahu, dia pune result adalah yg terbaik. memang sentiasa tinggi aje. tapi aku beranikan juga untuk bagitahu dia pointer aku..

Dan dia.... "Takpe la Fit, kau dah buat yg terbaik, cuba lagi untuk sem depan."

Mostly memg orang akan kata gitu.. tapi diorang tak rasa apa yg aku rasa, atau org lain rasa. aku menangis lagi.

then Mr.N mesg aku, bg kata semangat dekat aku, 

"Sabar ye sayg, memg 1 kegagalan terlepas peluang NC, tp xpe lah, sayg kena teruskan k.. Jgn putus asa untuk dapatkan DL lagi sem depan, kita sama sama usaha okey,focus betul betul..target 4flat.."
Aku menangis lagi..

kat tempat kerja, akak Isya sedar mata aku macam bengkak n merah, then dia tnya aku.. ade masalah ke? 
Aku tak jawab.......

Tak lama kemudian, "Akak.... sye kecewa.." Aku cerita segalanya, dan menangis lagi..

Balik rumah,, aku plan nak bagitahu ayah aku pasal result aku, tp aku tak tahu nak bagitahu macam mana.. urmm.. takut takut aje aku melangkah ke bilik ayah aku.. 

"Urmm, ayah.."
"ye.."
"Akak dah balik...."
"haa okey.."

aku ragu ragu..

"Ayah.. urmm, result akak dah keluar.."
"Ha, kita cerita nanti.."

Okey, aku masuk bilik, dan menangis lagi.. Aku tak tahu apa reaksi ayah aku.. Aku tahu ayah aku akan bersuara, tanya aku kenapa aku dapat teruk macam tu sekali?? 

Hurmm, kesimpulannya, hari ni aku asyik menangis aje tak berhenti. pening kepala aku. n sekarang pon aku menangis lagi. senyuman palsu je aku dapat bagi. aku betul betul down~ 

orang kata aku kuat,, tp sayangnya,, kali ni aku betul betul lemah. ='( 

Thursday 8 November 2012

REsult Sem3?

Aku tengok result aku jam 10.30 pagi. dah siap siap nak pergi kerja dah.. 
Aku bawa keluar laptop, letak atas meja, then on..
Mak aku datang, tanya "Akak nak tengok result ke?" 
Aku ye kan laaa.. then tetiba mak aku join sekali. 

Ermm,, berdebarrrrr~

Then,, email, unread! 

Urmm, aku bukak la email tu sambil di temani mama aku... and... scroll bawah.. and....

K, aku nangis tetiba.. sebab.. yeahhh sebab aku tak dapat target aku. aku jatuh bawah terus! Aku punye pointer jatuh gila gila punye gila la! 

Means, aku tak Dekan.. Siyes aku sedih bagai nak gila jugak! 

Aku harapkan NC, tapi bila dah begini jadiknya, NC dalam kepala aku terbang melayang la~~

then mama aku kat sebelah,, "Takpe la akak, sem depan cuba lagi" *sambil tepuk tepuk bahu aku*

Mum, if you do that, you make me more crying!!

Jika ini hasil aku sem lepas, hasil kesilapan aku, hasil kesalahan aku, hasil perbuatan,, takpe la, sem depan aku perbaiki semua, aku takkan mengulangi perbuatan atau kesalahan yang lalu.. 

Aku sedih. Aku kecewa. Aku tak dapat senyuman aku. Aku tak mampu nak motivate diri aku.
Aku tak boleh kawal air mata aku. Aku kecewakan ramai orang especially abang aku. Aku tak rasa aku boleh berdepan dengan kenyataan ni. 

Walau ape pon, Alhamdulillah aku takde repeat. =')

so, how can I tell my dad about this? bersedia untuk kena marah!!

Thursday 1 November 2012

Cinta.. Benci.. Maki.. Sumpah..

Hey, tadi aku bukak FB jap, then, aku ada baca status seorang sahabat di FB ni, erm.. actually aku da selalu sangat da baca status dia uw.. *sebab selalu keluar kat wall aku* 

Dia punya status, kalau tengah hangat bercinta, mesti jiwang gilak macam that boy is her love forever, and diorang la yang paling sweet mweet.. hurmm.. aku tak kisah pon, hak dia kan.. yeahh, I don't mind.. go on..

Then, tak sampai seminggu....

"Bodoh punya jantan! Matilah kau! Kau ingat kau bagus sangat ke?? aku benci kau!!" 

Hurmm, dah kenapa maki hamun segala nie kan.. mesti tengah gaduh besar la tu kan.. 
kot ye pon bergaduh, tak payah la sampai nk update kat FB biar orang ramai tahu, lagi bila guna bahasa kasar, 'Bodoh punya jantan'.. haihhh
Awak, awak.. awak perempuan, kena jaga bahasa.. dah teruk sangat tu sampai kata macam tu, semua orang yang baca sekaligus buat mereka sebut sekali benda tu.. termasuklah benda lain, macam 'Babi, Sial, Pukimak' and so on laa.. 

Aku tak suka baca benda uw semua. dan aku agak rasa annoying la dengan perempuan yg macam tu. aku sendiri pon tak lari dari kata 'bodoh'.. tapi aku ada cuba juga untuk hilangkan perangai yg macm tu..

Banyak lagi perkataan yang boleh digunakan.. or better silent je.. kan diam itu lebih elok.. =)

And lagi satu, kau nak menyumpah bagai suruh dia mati kenapa? dah benci sangat ke? okey la, mungkin perasaan benci tu dah tahap melampau kan, tapi... cuba lah tenangkan perasaan uw.. tatkala masa marah tu la kita akan buat pelbagai dosa atau benda benda yang tak elok.. 

Kalau kita, perempuan ni, dikecewakan oleh lelaki, janganlah terlalu down sgt, jgn terlalu marah sangat.. its not the end of the world pon, just relax, and positifkan diri.. perempuan ni lebih kuat dari lelaki apa.. >_O

Sudahlah kawan, kalau rasa menyesal bercinta, jgn maki maki.. tak semua orang macam yang kau sangka, dan tak semua 'jantan itu bodoh'..! =) 

Kadang-kadang silap itu datang dari kita sendiri... fikirlah!