Sunday 25 March 2012

Cara wanita berjalan.. maksudnya?

Aku punyer cara berjalan yang mana satu ek??? 


1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.


2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri

Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.



3. Suka Menunduk
Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.


4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan
Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Saturday 24 March 2012

FAR150

Huhuhu~ risau nye aku.. esok ade paper akaun~!!! *sekarang musim final exam*
Ouh, tidak... even aku ni pelajar kos akaun pon, aku tetap risau taw biler sampainye seru akaun uwww... 
Grrr.. tapi still aku rasa diri aku ni masih relax lagi~ HAHA! bukan sebab aku ni pandai.. Tapi aku tak nak study dengan perasaan yg tension.. macam subjek tu susah sangat jaa. ERRR,, susah jugak laa sebenarnya.. 
HUH! memang dugaan betul aku nk study FAR150 niee.. sakit perut memanjang.. tp bukan nk ke toilet k! buat aku rasa malas je k study.. Last2 ke katil je la aku... 
*dasar pemalas* -.-"

Sekarang nie,, aku da abes stdy semua chapter.. tinggal menanti hari esok je.. 

#Ya Allah, permudahkanlah segala urusan hambaMu ini pada esok hari.. Tenangkanlah perasaan, hati dan mindaku ketika hendak menjawab soalan peperiksaan.. dan jauhkan lah aku dari perasaan was-was.. AMIN~

Thursday 8 March 2012

Heyy,,

Hey, kau sayang aku ke? Sebab tu kau cuba lindungi aku dari dibenci..? ye ke?


Tapi sayangnye, aku salah faham dengan semua tu.. mungkin sebb fikiran aku cetek.. 


ermm, tapi kenapa tak terus terang aje? 


Itu persoalan aku..


hey, Thanks for being my fren, and loving me as your sister, (kalau la ).. 

what I want to say is....

tak tahu nak post ape sebenarnya,, cuma..
Aku perlukan orang yang sangat memahami aku.. 
Sekarang cume seorang shja.. that person is, my bestfren.. 

Hey, mitsuki, 

You know what, everyone is acting in their own world.. including your bestfren.. 
But when I am with you, trust me, you are the only one I can trust.. no one else! 

Friends... what can they do for you? Helping you when you are in trouble..? 
hurmm,, depends~~ 

Me? I am not saying I am a good fren of yours.. but I am not bad fren too! 
Me, is kind of fren or person that will pay for what you have done to me.. 
You bad, I am bad.. you good, I am good.. 

You bad, but I am good..? huh! beware! It just an acting.. 

Okey, chow!! 

Friday 2 March 2012

Dear Diary...

Tetiba pula aku rasa macam nk luahkan sesuatu.. 
Tadi aku ada la bace diary adek aku.. TERBACA! 
aku ingat kan buku nota ke ape.. huhu aku terbaca part..

"Aku tak boleh nk kuar rumah, ayah aku pon da laen sekarang, abang aku nk sambung belajar, akak aku pon ada dekat universiti.. "

Aku rasa adek aku ada masalah, jadi aku pon teruskan la baca....
Rupa rupanya, adek aku terasa diri die di kongkong.. hurm,, aku paham sangat perasaan adek aku tu..
Sebab dulu aku pon same jugakk.. 
dan aku pon rasa serba salah dengan die.. bila die tulis...

" Aku tak tahu nk tanya siapa kalau aku tak faham subjek ape2 uw semua.. harapkan akak aku je la bila die balek umah nanti.. aku pon nak berjaya macam akak n abang aku jugak.."

Huhuu.. Sorry adek, bukan aku tak nak balek umah, ajar kau ke apa, tapi aku kat sane pon banyak keje.. 

Aku rasa aku paham perasaan adek aku skunk nie.. Die tertekan dengan kehidupan die.. 
Aku tahu sebb aku akak die.. Yes, dear, I know very well how you feel.. but, I'm sorry for not always be there for you.. 

Kita selalu gaduh, even dengan perkara kecil pon.. aku pon selalu kacau kacau kau sampai kau sakit aty dgn aku.. hehe.. gurau gurau jee.. So, skunk nie aku da ada kat rumah,, aku akan ajar kau ye adek!! 

Pasal ayah,, hurmm, biasalah, kau macam tak tahu je ayah macam tuu.. huhu.. just be cool okey! ;)

#Cubit paha kanan, paha kiri terasa jugak kan?? Air kalau dicincang macam mane sekalipun,, tetap tak akan putus.. hehehe.. Akak sayang kau laa!