Thursday, 1 November 2012

Cinta.. Benci.. Maki.. Sumpah..

Hey, tadi aku bukak FB jap, then, aku ada baca status seorang sahabat di FB ni, erm.. actually aku da selalu sangat da baca status dia uw.. *sebab selalu keluar kat wall aku* 

Dia punya status, kalau tengah hangat bercinta, mesti jiwang gilak macam that boy is her love forever, and diorang la yang paling sweet mweet.. hurmm.. aku tak kisah pon, hak dia kan.. yeahh, I don't mind.. go on..

Then, tak sampai seminggu....

"Bodoh punya jantan! Matilah kau! Kau ingat kau bagus sangat ke?? aku benci kau!!" 

Hurmm, dah kenapa maki hamun segala nie kan.. mesti tengah gaduh besar la tu kan.. 
kot ye pon bergaduh, tak payah la sampai nk update kat FB biar orang ramai tahu, lagi bila guna bahasa kasar, 'Bodoh punya jantan'.. haihhh
Awak, awak.. awak perempuan, kena jaga bahasa.. dah teruk sangat tu sampai kata macam tu, semua orang yang baca sekaligus buat mereka sebut sekali benda tu.. termasuklah benda lain, macam 'Babi, Sial, Pukimak' and so on laa.. 

Aku tak suka baca benda uw semua. dan aku agak rasa annoying la dengan perempuan yg macam tu. aku sendiri pon tak lari dari kata 'bodoh'.. tapi aku ada cuba juga untuk hilangkan perangai yg macm tu..

Banyak lagi perkataan yang boleh digunakan.. or better silent je.. kan diam itu lebih elok.. =)

And lagi satu, kau nak menyumpah bagai suruh dia mati kenapa? dah benci sangat ke? okey la, mungkin perasaan benci tu dah tahap melampau kan, tapi... cuba lah tenangkan perasaan uw.. tatkala masa marah tu la kita akan buat pelbagai dosa atau benda benda yang tak elok.. 

Kalau kita, perempuan ni, dikecewakan oleh lelaki, janganlah terlalu down sgt, jgn terlalu marah sangat.. its not the end of the world pon, just relax, and positifkan diri.. perempuan ni lebih kuat dari lelaki apa.. >_O

Sudahlah kawan, kalau rasa menyesal bercinta, jgn maki maki.. tak semua orang macam yang kau sangka, dan tak semua 'jantan itu bodoh'..! =) 

Kadang-kadang silap itu datang dari kita sendiri... fikirlah! 


Wednesday, 31 October 2012

Hanya Kerana 6 Jam.

Hurmm, 6 Jam? kenapa dengan 6 jam? well, today, 31 oct, me hangout with friends.. classmates U, and some of them dari Batu pahat, muar, and Kota Tinggi.. ermm.. 

Bukan selalu kan keluar jalan2 dengan kawan, dekat Jaybee pulak.. bukan selalu diorang turun Jaybee... and me, bukan selalu KELUAR RUMAH! ermm, TERcaps pulak kat situ.. --"

"Ayah boleh bagi angah keluar, tapi ayah bagi 6 jam jela, bole?" 
"Erm, boleeee~ " 

Nak tak nak memang aku kena jawab bole, kalau tak boleh, dia mesti tak bagi aku keluar.. But its okey, I dont mind.. memg aku keluar target nak balik petang.. Aku keluar pukul 11.30 pagi.. so kena balik pukul 5.30 petang.. 

"HAhahhahahahaha~ "
"Kacau mood laa"
"aku lupa kau susah nak keluar"
"Mane sempat nk pergi danga kalau dia ni kena balik pukul 5"

and bla bla  blaaa~ those words came out from my friends when I told them about I have 6 hours and have to go back home before 5.30pm.. 

well, I dont blame them, there is nothing for me to feel hurt or whatever.. memang aku tahu how my dad is. my dad agak control me, bila nak keluar with my friends tu.. tu kalau aku kat Jaybee.. cuba kalau aku kat Segamat sana, call kata nak keluar pergi ni ni  ni....boleh je! huh, k shut up...

Then seronok berjalan jalan,, tiba masanya 5.00.. tgah makan dengan diorg.. and tetiba diorg plan nak keluar jalan lagi, sampai malam.. n me was like,, "Wahh, kan best kalau dapat join sekali,,"

Cemburu.. aku cemburu dengan diorg yg boleh kuar jalan smpai malam.. aku,, tak boleh.. =( 

But nothing can do. Me still have to go back home b4 5.30.. 

then, aku menunggu my mum, amek aku.. malas nak balik naik bas.. mesti full je bas uw.. --"

Dalam kereta... *SILENCE* 

sampai rumah, aku beli chicken chop.. then aku makan with my mum.. and still.. suasana SENYAP ajee...

mama aku berbual dengan aku, but my respond : , "emmm" , "aah", "yelaa" 

Bukan marah pada sesiapa, cuma perasaan sedikit kecewa and terasa sedikit tentang apa yang berlaku terhadap aku.. I know, my dad is protecting me dari berlaku pape yg tak elok.. keluar malam, is not nice for girls, yeah I know.. and my friends, kata kata and gurauan mereka pada aku, biasa je.. aku memang dah biasa bergurau kasar dengan mereka.. so, its okey.. yeah, really.. its okey! *memujuk hati*

So,,, these are some of our pictures.. hee.. pape pon aku enjoy keluar dengan mereka semua!! ^_^







Thursday, 25 October 2012

Dear awak, maafkan saya..

Assalamualaikum.. 

Dear awak, saya minta maaf kat awak, atas segala yang saya dah buat pada awak.. 
Saya tahu, banyak kali saya sakitkan hati awak dulu..
Saya ada baca inbox awak dgn Arin, pasal dulu.. masa saya berkawan dengan seorang lelaki yg bernama Alif.. 
Saya tak sedar yang saya dah berubah sejak berkawan dengan dia. 
Saya lupakan awak.,
Saya selalu kata saya sibuk bila awak nak ajak jumpa..
Saya seolah olah tak ada masa untuk awak.. 
Padahal dulu sebelum saya kenal dia, sesibuka mana pun saya, saya tetap ada masa untuk awak.. 
Saya tak pedulikan awak.. 

Tapi awak, tetap ada dengan saya, awak sabar dengan saya, awak tetap sayang saya.
Saya serbasalah dengan awak. Saya menyakiti hati awak. Maaf.
Maaf tentang semua itu.

Perkara ni memang dah lama, tapi, saya takut perkara ni masih membayangi awak dan saya. 
Awak, lepas saya tahu luahan awak pada Arin tentang saya, saya sedar, yang awak betul betul rindukan saya yang dulu.. 
oleh itu, saya cuba untuk buang semua kenangan saya dengan dia. 
Saya dah padam gambar saya dengan dia. 
Tak akan ada lagi kenangan lama.
Tak akan ada lagi kisah lama yang menyakitkan awak, dan merosakkan hubungan kita.

Saya sayang awak sangat sangat. 
Saya tak nak kehilangan awak.

Jadi, saya sepatutnya berterima kasih pada Arin, sebab dia, saya sedar semua ni.
Sebab ada dia, awak meluahkan apa yang awak rasa, 
dan sebab ada dia, hubungan kita masih kekal hingga kini..

Orang kata, biar hilang kekasih, jangan hilang kawan..
Tapi tidak bagi saya, saya tak nak hilang dua dua. 
Kawan dan kekasih, adalah orang yang penting untuk saya..

=)

Maaf sekali lagi, awak... 

Monday, 22 October 2012

Selamat Tinggal Sahabat..


First time aku ada pengalaman, sahabat aku meninggalkan aku, dan semua perkara di dunia ni. 
11 Oktober 2012, pagi, seorang sahabat aku, Redzuan Shah bin Ismail, telah meninggal dunia di Singapore. Dia accident. tak silap aku, lori langgar dia. Masa tu dia bawa motor nak pergi kerja. hurmm, dah ajal kan, dia mati accident macam tu. simpati kat awek n family dia. macam mana lah awek dia tabahkan hati.. 

Ni la Redzuan Shah.. =)

Aku kenal Shah masa kitorang sama sama kerja dekat Guardian. kat situ, aku seorang je perempuan, yang lain pekerja lelaki. bujang pulak tu, haha, ada dua orang je yang sebaya dengan aku, lepasan SPM.. Shah ni pulak tua 3 tahun dari aku. sekarang nie patutnya umur dia 22 tahun. 

Mula mula kenal memang agak janggal, kena pulak aku ditugaskan untuk ajar dia cashier, huhu.. dan dalam diam, aku ada jugak menaruh hati pada dia. dan dia pun tahu aku suka dia. hahaha. tapi dia dah ada awek, jadik kami berkawan saja. =) 

Memang kitorang agak rapat, biasalah dah kerja satu tempat kan.. kawan kawan yang lain pon aku rapat jugak, macam Shabil, Haziq, Epul, Haszrul.. dah macam adik beradik dah. 

Teringat dulu, masa aku, Shah and Shabil kerja sama shift, balik malam, dalam pukul 10.15mlm gitu,, Shah ajak aku and Shabil pergi satu tempat rahsia dia, tempat lepak and kedai baju yang cantik cantik, yang orang ramai tak tahu, hehe, nasib baik mood ayah aku okey, bagi aku ikut Shah and Shabil keluar kejap malam tu. tempat kerja aku tu kat tengah bandar, dekat je dengan bazar karat. tempat tu pon dekat dekat dengan kawasan situ.. sekarang aku dah lupa tempat tu kat mana.. huhuhu

Ada juga aku dengan Shah keluar pergi makan, masa rehat.. dia ajak aku pergi tempat makan yang murah, and sedap. tempat tu pon tersorok jugak, tapi dalam CS la. aku dah tak ingat kat mana tempatnya, and aku ada amik gambar dia, haha *dia suruh*.. 

gambar masa lunch sama.. *saje possing stress!* haha

Masa kerja, dia lah yang paling nakal, huhu. kadang nak makan, bukannya bayar dulu,, dia main amik, lepas dah habis makan baru dia bayar. tu yang kitorang ikut perangai dia. Hahaha. Lepastu dia suka mengular, jalan jalan, tak pun main keluar je, semata mata nak beli gula getah. hahaha. kitorang ni pulak yang kena cover dia. --" 
Takpun tempat lepak dia, dalam tandas kat guardian uw.. berejam duduk dalam toilet konon kata sakit perut, padahal..... nak bergayut dengan awek dia! hahaha.. macam kitorang tak tahu je kan.. =P

Haihhhh.. macam macam kenangan yang ada. tak sangka kau pergi begitu awal. tak sempat aku nak jumpa kau, Shah.. tak kesampaian nak lepak sama sama dengan Shah, Shabil, Haziq,,, macam dulu.. =(

 apa apa pun, aku doakan, kau tenang kat sana, semoga kau ditempatkan di kalangan orang orang yg beriman.. Amin.. =')

Thursday, 31 May 2012

HooRay!

HoLa! HoLa! Sorry meyh lame tak 'menghupdate' aku punye bLog niee.. kuikuikui
Bukan busy lorhh,, tapi... malas je!! kwang kwang kwang XD

Okey la, nak tahu sambungan pasal post yg lepas tu ke? About akak kat tempat kerja aku niee? Hurrmm, x yah laa, malas pulak.. Hehe.. tak ade ape pon, kalau ada masalah kesihatan, die memang macam tu, die tak sehat lorh.. huhu.. okey, FULLSTOP!!

Meyhh kiter cerita pasal benda lain pulak yee.. Hurmmm.. cerita ape ye..Ha! nie nak cerita yang aku da abes kerja da! Hehehe.. Best ke? hurmm, best jugak laa... kot!! Hahahha.. actually baru cuti niee.. dah cukup due bulan aku kerja sebagai promoter di Butik ELH tuu.. macam macam cerita ada,, hahha.. and now, aku dah berhenti kerja nie, kawan aku yang study Matriks pulak amek tugas aku.. Hhuhu.. berseronok la die kerja di situ!! XD 

Baiklah, sampai disini aje la aku cerita aee.. tak ade ape pon sebenarnye,, hahha.. just nk bagitahu aku dah BERHENTI KERJA!! 

Okey, bubye!!

Sunday, 20 May 2012

KERJA #19

BINGIT! BINGIT! dan BINGIT!! 

Die nie datang datang je, muka da masam, asyik moody aje.. Susah nak jumpa die nie ceria 24jam!! Tapi bukan sampai tahap gila laa! Hishh! 

Die nieeee...yang aku maksudkan..... Ermm.. Kak Liya la! huhu.. mesti pelik kan? Yela, sebelum nie dengar@baca post post aku sebelum nie mesti aku macam rapat dengan kak Liya kan? Ha! Meamang kitorang rapat pon.. Tetapi itu DULU!! Sekarang nie, muka die asyik masam aje, moody tak menentuu.. susah nak agak mood die okey ke tak.. Then aku nie pulak memang suke bertanya kalau nampak akak akak nie tak okey.. 

Tadi lepas die dah datang tu, aku tanye la die, "Akak dah makan ke belum?" Hurmm... menunggu  jawapan trun dari langit la gayanyaa.. die buat bodoh aje! Huhu.. Lepas tu aku diam je laaa....

Aku dengan kak Isya da tak tahu nk buat ape.. kitorang berdue memang tak tegur kak LIya la kalau da tengok muke die macam tu.. mane taknye, kitorang kalau tanya pon die buat tak tahu jee.. better kitorang diam, buat simpan air liur nie! 

Then pukul 2ptg gitu, kak Liya datang jumpe aku,,

Kak Liya : Adek, akak nak mintak tolong sikit boleh?
Aku        : Tolong ape?
Kak LIya : Nanti tolong belikan akak nasi dengan lauk ape ape laa dekat atas.. 
Aku        : Urmmmmmm...*aku terus diam*

Then aku jumpe la kat kak Isya, yang kak Liya nie minta tolong aku belikan die nasi.. Aku luahkan kat Kak Isya yang aku tak nak belikan sebab confirm confirm akan pakai duit aku punye.. Actually pernah sekali tu, kak Liya kirim nasik dekat aku, dengan lauk asam pedas n ayam goreng.. aku pon belikan laa untuk die, harga makanan die RM7.. Pakai duit aku tuu.. BIle da balik tu die ade tnye la berapa die punye, aku cakap la harganyee,,  dengan harapan die akan bayar balik, sebab aku memang simpan duit yang ade dalam dompet aku tu untuk bulan niee,, duit belanjee aku.. Tapi tak.. die takde pun pulangkan.. Aku cube la pujuk hati aku, halalkan aje duit tu, makanan tu.. Sebab die pon pernah belikan aku burger,(padahal aku tak mintak die belikan pon)... Lepas tu, lusanyaa, die mintak tolong dekat aku, die nak pinjam duit aku RM10.. Aku bagi ajela dekat die sebab kesian laa,, die kata nk beli makan an, die takde duit, sebab die setiap bulan kena bagi Rm500 dekat mak diee.. huhu.. Okey, aku faham la situasi diee.. so bagilaa dengan harapan die akan pulangkan bile dah gaji nantii.. *Die ade kata nk pulangkan bila dah gaji nnti...*

Sebab tu la tadi mase dia suruh aku belikan nasi tu, aku tak nak,, huhu.. Kak Isya pon lepas dgr cerita aku, die cakap la, yang kak Liya nie dgn budak budak yang sebelum nie pon ade macam tu jugak.. pinjam duit, belikan makan, belikan ini... 

Then tadi die suruh aku belikan nasi sekali lagi, aku cakap la aku tak nak, malas nak keluar.. Die terus buat muka, "tak ape la"... Yela, mana taknyeee,, aku nie setiap hari memang keluar 3kali nk pergi solat.. lepas tu die suruh aku keluar lagi belikan die makan, macam die tak boleh nak pergi sendiri,, dah la kitorang kena tulis report keluar masuk tuu,, penuh kertas tu dengan nama aku.. die tu? kosong aje!! macam ade emas kat kedai aku tuuu.. haishhh!
Lepas tu selalu suruh aku belikan topup untuk die la, untk pakwe die laa... Kedai topup uw depan kedai aku je kot!! Berat sangat kaki die nak gerak!!

Kemudian, benda yang aku tak puas hati nie,, die tu selalu sanagt nak pinjam telefon aku, nombor Digi aku, nak call kawan baik die tuu.. kalau sekejap takpe jugak, nie LAMA!!! bape ringgit kredit aku abes gara gara diee.. Lepas tu aku da tak bagi da die pinjam handphonee,, bagi alasan aku takde kredit.. -.-

Lepas tu pernah sekali tu die tegur aku, aku asyik main phone aje,, okey, aku terima teguran tu, aku tahu aku salah, tapi die tu pon 2x5 ajee!! Asyik jugak die dengan handphone die tuuu.. Cakap tak serupa bikin.. Tegur tak tengok diri sendri.. -.-
Siap cas nphone lagi, padahal tu dah langgar LAW daaa.. 

Then, die selalu cakap kat aku yang die tak suke kerja dengan Kak Isya sebab kak Isya nie kalau ade masalah dengan laki die mesti sampai ke tempat kerja.. die kata,, 

"Akak kalau boleh tak nak la kerja melibatkan masalah peribadi kan.. kalau boleh kerja tu biar la happy happy,"

Ye! Memang! Tapi die pon same jugak,, Masalah family, boyfriend, kawan semua die campur dengan kerja.. Aku rase 2bulan aku kerja dengan Kak Isya n kak Liya, aku tak pernah pon tengok kak Isya nie bad mood, marah marah... Die tu ade laa! Tak terkire die punye bad mood, maslah die.. Haisshhh! 

Memang lepas geram la aku kali nieee.. Tension weyhhh!! Esok dah la aku kerja berdue dengan die.. Hampehh... kalau esok smapai malam die maseh ikut kepala die, aku nak lepaskan segala yang aku tak puas hati nieee... Serius la, aku tak tahan weyh kerja dengan orang yang tak sedar diri, asyik ikut kepala die ajeee.. tak fikir pasal orang lain.. 

*Breath in, breath out~~* 

Thursday, 17 May 2012

Happy Birthday to me!!

Hey hey! Happy birthday to me! Lalala~~ *syok sendiri* HAHA
Hari ini cukup la aku 19 tahun~ =)
Aww!! Inilah hari yang ku tunggu tunggu sebab.. Errr... Sebab... MR.N is coming to Jaybee!!
Wuhuuu~! I miss him damn much tawuk!!! Jadik, kitorang plan la nak keluar same pada haru jadi aku niee.. Mulanya plan berdue je, tapi.. kawan kawan die pulak ade ajak die kuar jalan kat jaybee kan.. Tu yang plan keluar berdue jadik keluar bersama rakan rakan! Hehehe.. lagi best kan?? Kawan kawan sekelas Mr. N je laa.. Kawan kawan aku kerjaa.. huhuhu..

Plan nak keluar dalam pukul 11 pagi gituu.. Tapi, ehemm.. kereta problem plak.. huhu,, time nak amek aku je, kereta rosak.. Huwaaaa!! TT.TT mengade nyeee.. macam tahu tahu jee.. hahaha

Then dalam pukul 12 lebih ke, nak pukul 1 kot, diorang da sampai depan rumah aku.. Nasib baik tak sesat! Huhu.. Terus la kitorang menuju ke Jusco Tebrau... I'm going to Jusco with LOVE!! Ahaha.. Dye pakai baju hitam.. Awww. aku suka warna Hitam!! XD 

Sudah sampai di Jusco,, rasa lapar pulak.. mestilah nak pergi makan dulu kan? So, kitorang makan la KFC So Good tuuuu~ huhuhu.. 
Aku memang plan nak belanja Mr. N dengan kawan kawan die nie makan.. tak kesah la makan ape.. Tapi si Mr. N nie pulak yang nk belanjee.. huhu.. ngade!

Hey awak Mr. N! Saye ade snap pic awak! Hohoho XD

Sebelum makan tuu, Mr. N nie pulak nk ke tandas.. dgn kawan die yg laki tu laa.. huhu.. Lama tunggu diorang! Perut da la lapar sebab aku tak sarapan pun.. HAHAHA makan la sikit kentang goreng Mr. N tuu.. Alaaa, amek satu je pon.. hehe

Then dah cukup 5 orang, including me, start la makan.. Aku just makan burger jee.. huhuu.. Dah nak abes, si kawan Mr. N nie pulak nk pergi cucuk duit... Time aku pergi cucuk, die tak nak ikut.. huhu.. Dye ajak la Mr. N sekali, suurh teman..

Bile aku dah abes makan tuu, nak pergi basuh tangan, baru nak bangun, si kawan Mr. N nie pulak datg, tengok aku tersenyum senyum, aku buat biasa jela sebab die memang macam tu! hahah.. Then terdengar pulak ade suare nyanyi "Happy Birthday to you~~ " Sekali aku toleh,, Hey!!!! Mr. N bawak kek datg! huhuh.. Tak sangka pulak ade kek, mulut aku asyik nak kate die mengada aje!! Hahaha.. Aku suke sangat!! Tak expect pon ade makan makan kek.. huhuhu.. Thanks sayang.. =D
Lepas da abes makan kek, sekali lagi aku nak bangun, toleh tepi, Heyy!!! Mr. N bawak kotak besar, bagi aku.. Wahhhhhhhh!!! Full of Suprise la die nie! Selalu kalau org bg kek, mesti terus bagi hadiah sekali kan, tapi ni tak, die bg lagi surprise.. hahhaa.. Love you la!!!


Inilah Teddy bear yg comel dalam kotak besar tuu.. Hehehe.. 

Tak lupa jugak keychain yg Mr. N bagi nieee... =)


Lepas tu kitorang pergi la main bowling.. XD

Yeahhh!! Its bowling time!! Aku mula terjebak dengan bowling nie sebab Mr. N nie laa.. huhuhu.. Tapi tak pe, tak kesah pon, sebab Best!! Lagi lagi kalau tengok bola aku tu straight jee,masuk longkang.. =.=" pftt~

Hari nie memang semua benda nak matching dengan baju n selendang yang aku pakai.. huhu.. Semua kaler hitam, putih, kotak2.. Yela, sampul hadiah Mr. N, dengan kasut bowling yg anutie uw bagi.. huhu.. sorry, tak snap pulak gambar kasut tuu.. Rasa macam nk amek bawak balek je kasut tuu, ganti dengan selipar buruk aku.. HAHA..

Lepas da main bowling tu balik laaaaaaaaa... Huuuu.. aku tak puas sebenarnya keluar dengan Mr. N.. nak keluar lama lama!!! kalau boleh biar die duduk sini jela dengan aku!!! Huhuhuhu.. =(

But, thanks a lot to his friends yang sporting, tak kesah amek aku kat rumah, sambut my bufday, even baru nie pertama kalinya keluar dengan diorang.. huhu.. Aku rasa selesa je keluar dengan diorang.. hehehe..

And.... Thank you Very Very Very Much to Mohammad Sharulnaim Bin Abu Bakar!!!
Awak buat saye gembira, ketawa, terkejut dengan kejutan yang awak bagi tuuu.. Lucky me have you in my Life.. ILOVEYOU! Hehehehe ~ XP

Even awak kate gambar nie tak cantek, tapi saye tak kesah sebab nie la satu satunye pic kita yang ada dalam handphone sayee.. huhu.. ILY <3