Thursday, 28 February 2013

Pesanan Terakhir.....

Aku orang yang manja, dengan semua orang. termasuk kawan kawan aku. Tapi dalam masa yang sama, aku akan jadik orang yang kuat. Aku cuba jadi orang yang mengatasi kelemahan diri. Mengatasi semua masalah dgn sendirinya. Aku banyak kekurangan. Dan aku perlukan sokongan.

Aku rindu mama dan ayah aku. Aku rindu abang dan adik aku.
Aku rindu nak luahkan semua kat abg aku. Abg aku walau tegas mana pun, garang mana pun, dia tetap amek kisah pasal aku. selalu nasihatkan aku.

Aku... mungkin orang yang perlukan waktu untuk bersendiri. lari dari semua yang membebankan fikiran aku. Lari dari semua perkara. Lari dari semua orang.

Awak, Mr N, saya nak minta maaf kalau saya punca awak penat. Selalu layan awak acuh tak acuh je, selalu buat awak macam tak penting. Awak nak tahu sesuatu?
Kenapa saya buat game ni? Salah satu sebab saya dah bagitahu awak kan, dan sekarang ialah sebab yang seterusnya.

Saya terpaksa buat game ni untuk pujuk hati saya, supaya saya takkan rasa kecewa bila saya nak jumpa awak, awak busy. Saya nak biasakan diri saya dengan realiti. Saya nak kuatkan diri saya sendiri. Tapi saya tak berani buat cabaran yang lagi mencabar. Contoh, tak contact awak sebulan. Haha. Saya tak boleh buat mcam tu. sebab saya nak awak sentiasa ada kat sisi saya.

Tapi, perasaan marah ni tetap muncul bila awak ada dan takde. Saya menuduh dan marah awak tanpa dengar apa apa dari awak. Saya silap awak. Saya minta maaf. Saya banyak menyusahkan awak. Saya tak berkorban untuk awak. Asyik awak je yang berkorban untuk saya. Saya bersalah, dan saya tak patut jadi macam tu. Saya minta maaf sekali lagi, awak.

Lepas ni, saya takkan ganggu awak lagi. Saya nak awak lupakan saya buat sementara waktu, saya nak kita jauh dulu. Saya nak kuatkan diri saya. Saya tahu awak memang kuat. Jadi, awak jaga diri awak. Dan saya akan jaga diri saya. :)

Andai ada jodoh, tak ke mana kan. Kita tetap akan berjumpa... bila tiba masanya nanti.

Salam.

Dear Kawan,

Dulu kita kawan, sentiasa gelak sama sama. Kalau sedih pon mesti kita berkongssi rasa, berkongsi cerita. Tapi, manusia kan.. senang je nak berubah. Boleh ke aku nak salahkan masa yang berlalu ni? Boleh ke aku nak salahkan keliling kita.. tentang puncanya kisah kita ini?

Wahai kawan, kau dan aku, kita rapat. Bukan aku nak kau sentiasa dgn aku. Tapi fahamilah perasaan aku. itu pun jika benar kita ini sahabat. Jangan lah buat tak peduli tentang aku. Jangan lah buang aku sebagai sahabat kau. Janganlah hiraukan aku. Aku sayang semua sahabat sahabat aku. Walau terguris mana pun perasaan aku terhadap kau, aku cuba buang, sebab kita pernah menjadi sahabat yang rapat. yang sentiasa gelak sama sama.

Kawan, jika benar kita ini sahabat, berdepan lah kita dgn masalah antara kita ini. jangan buat ianya semakin keruh. aku cuba mendekatkan diri dengan kau, tapi, kau pulak menjauhkan diri dari aku. Apa salah aku? Apa yang aku dah buat pada kau, sampai kau layan aku sebegini? Terus terang pada aku.. please..

Andai kata aku banyak buat salah pada kau, maafkan lah aku, Maafkan segala silap aku. Aku tahu aku bukan sahabat yg baik untuk kau, aku bukan yang sempurna untuk kau. aku orang yang tak punya apa apa kelebihan pon. Aku sedar siapa aku. aku tahu level antara kau dan aku.. JAUH BEZA!!

Tapi, kita tetap boleh jadik kawan yang happy happy selalu. kan?

Friday, 11 January 2013

Busy Busy Busy!

Orang berubah, itu normal!
Tapi.. perasaan untuk terima orang yang dah berubah, itu sukar!

Aku perasan sejak dia pegang jawatan tinggi ni, dia selalu busy dengan kerja dia. 
Aku yang biasa biasa ni busy pon,, dengan homework jela, assignment~ 

Dan sejak dia busy ni la aku dan dia jarang duduk sama sama, makan, lepak or pape jela yang selalu kitorang buat dulu. Terasa jugak dengan dia ni, Aku luahkan kat seorang kawan dia,, n kawan dia tenangkan aku.. He said, 

"Normal la reen. Kerja dia memang banyak. Kau kena faham dia. Set mind kau k?"

Huuu. thanks, even tu x tenangkan aku sepenuhnya. Tapi aku cuba. 

Aku boleh tenangkan orang lain, kawan kawan aku... Tapi kalau aku? Sometimes hanya aku je yang boleh tenangkan diri. Ha Ha Ha sedih bunyiknye kan?

Dan sekarang ni, aku akan cuba busykan diri aku jugak supayaaaaa bila dia busy dan takde masa utk aku, aku tak terasa sgt, sebb yelaa aku pon busy!! 

okey la. sekarang pon aku dah busy nak siap siap pergi makan dengan kawan kawan aku. 
Aku busy nak luangkan masa dengan kawan kawan aku pulak! 

Bubye!

Friday, 30 November 2012

Sakit Hati!

Benci! menyampah! Sakit Hati! Tak suka!!

Aku rasa macam nk jerit je semua perkataan uw depan depan dia!!
Dari petang tadi, sampai malam ni weyh aku terasa lagi!!

Mulut ni rasa macam nak keluar je kata kata kesat!! 

Ahhh #%&^&$#%$&^(^(!!!!!!!!!!!!!

Aku memang saje nk komen status budak pompan kesayangan kau dulu tu sebab aku nk bagi dia terasa,. yela, asyik pasal KARMA aje. macam dia seorang tahu pasal Karma tu! Bosan la setiap status pasal benda yg sama macam tu! aku kalau boleh nk unfriend perempuan tuu! Tapi sebab aku nak tahu dia contact kau lg ke tak, aku TERPAKSA friend!!

Pastu bila kau pon join komen status uw, aku lagi la nak buat dia terasa, saje nk bermanja dengan kau, tapi kau..... buat tak tahu. then biar komen uw tergantung macam tu! macam aku ni SYOK SENDIRI kan????

Kau mesg aku kata,, "Malaslah balas komen awak tu,,"

Yela, sebab takut menyemak dekat status dia la kan~ but then aku suruh kau balas supaya benda tu tak tergantung, kira kau layan aku jugak laaa, TAPI, KAU?? tanya aku "laaa, kenapa pulak??" lepastu suruh padam!!!!

Fine, aku padam!! Sakitnya hati!! Rasa macam kau backup perempuan tu jeeeeeeee!!!!  Langsung tak faham pape kan???!!!!!!!!

Haishhhh aku taip ni pon tekan kuat kuat keyboard! Lantak lah rosak pon! aku nak lepas geram!!!

@#$(*$(#$@#&*_%%!%*!!!!!!!!!!!!!!!

Baik aku sambung kemas barang, nak balik UiTM esok!! BYEE!!!


Saturday, 17 November 2012

GoodLuck awak!

Hey2, ada orang tu nak tinggalkan saya pergi Shah Alam.. wuwuwuw~
Hehe, itu pon sebab orang tu join KARISMA =)

Mr. N join sukan Badminton, lawan dengan UiTM cawangan lain. 2 minggu dia busy dengan KARISMA.
Aku je busy dengan kerja. hee~

well, rindu tetap ada.. hari2 rindu kat dia. =) 
And aku, ada plan nak buat something utk dia before dia start perlawanan. Jarak jauh ni bukan penghalang, kan? kan? hehe so, aku pon fikir-fikir laaaaaaa... dan TING!!!

Muncul satu ideaa~~ 

Ehemm aku ingatkan nak buat note kata2 khas utk dia sebagai kata semangat,, tapiiiii melalui GAMBAR!! 
Yup gambar.. =) 

Itu je kemampuan aku untuk buat benda ni setakat ni. kalau bole aku nak je pergi Shah Alam sana, teman dia, tengok dia berlawan, sentiasa ada dengan dia macam SUKOL hari tu,, tapi apakan dayaaa~ hukhuk *kesat air mata* 

aku x tahu nak taip ape je nie.. tapi meyh la aku tunjukkan hasil aku untuk si dia yang aku CINTAI ituu ~ =)


Kepada awak Mr.N,, walaupun saya xde dengan awak secara jasadnya, tapi sye tetap ade disisi awak, menyokong awak, xkan benarkan awak give up!! you do ur best, saya sentiasa ade mendoakan awak, kemenangan awak, ketabahan awak, kesihatan awak. =') ILY <3

Friday, 9 November 2012

Hari Tangisan Buatku

Perasaan sedih masih tak hilang lagi. dan aku penat menangis untuk result aku yg teruk ni. 
Aku seakan tak dapt terima kenyataan. Kenapa? 

Mama aku pujuk aku, "Tak ape la, sem depan bole cuba lagi. akak dah berusaha, bukan x berusaha." Airmata mengalir~

Aku cuba pujuk hati aku, ada hikmah di sebalik apa yang aku dapat sekarang nie. Allah tahu apa yg terbaik untuk aku. ini adalah rezeki aku pada sem ini. Aku menangis lagi.

Kawan aku mesg aku, "Fit, ape cer result?" 

Hahaha, aku mampu gelak palsu ajelaa.. aku segan nak bagitahu dia, sebab aku tahu, dia pune result adalah yg terbaik. memang sentiasa tinggi aje. tapi aku beranikan juga untuk bagitahu dia pointer aku..

Dan dia.... "Takpe la Fit, kau dah buat yg terbaik, cuba lagi untuk sem depan."

Mostly memg orang akan kata gitu.. tapi diorang tak rasa apa yg aku rasa, atau org lain rasa. aku menangis lagi.

then Mr.N mesg aku, bg kata semangat dekat aku, 

"Sabar ye sayg, memg 1 kegagalan terlepas peluang NC, tp xpe lah, sayg kena teruskan k.. Jgn putus asa untuk dapatkan DL lagi sem depan, kita sama sama usaha okey,focus betul betul..target 4flat.."
Aku menangis lagi..

kat tempat kerja, akak Isya sedar mata aku macam bengkak n merah, then dia tnya aku.. ade masalah ke? 
Aku tak jawab.......

Tak lama kemudian, "Akak.... sye kecewa.." Aku cerita segalanya, dan menangis lagi..

Balik rumah,, aku plan nak bagitahu ayah aku pasal result aku, tp aku tak tahu nak bagitahu macam mana.. urmm.. takut takut aje aku melangkah ke bilik ayah aku.. 

"Urmm, ayah.."
"ye.."
"Akak dah balik...."
"haa okey.."

aku ragu ragu..

"Ayah.. urmm, result akak dah keluar.."
"Ha, kita cerita nanti.."

Okey, aku masuk bilik, dan menangis lagi.. Aku tak tahu apa reaksi ayah aku.. Aku tahu ayah aku akan bersuara, tanya aku kenapa aku dapat teruk macam tu sekali?? 

Hurmm, kesimpulannya, hari ni aku asyik menangis aje tak berhenti. pening kepala aku. n sekarang pon aku menangis lagi. senyuman palsu je aku dapat bagi. aku betul betul down~ 

orang kata aku kuat,, tp sayangnya,, kali ni aku betul betul lemah. ='( 

Thursday, 8 November 2012

REsult Sem3?

Aku tengok result aku jam 10.30 pagi. dah siap siap nak pergi kerja dah.. 
Aku bawa keluar laptop, letak atas meja, then on..
Mak aku datang, tanya "Akak nak tengok result ke?" 
Aku ye kan laaa.. then tetiba mak aku join sekali. 

Ermm,, berdebarrrrr~

Then,, email, unread! 

Urmm, aku bukak la email tu sambil di temani mama aku... and... scroll bawah.. and....

K, aku nangis tetiba.. sebab.. yeahhh sebab aku tak dapat target aku. aku jatuh bawah terus! Aku punye pointer jatuh gila gila punye gila la! 

Means, aku tak Dekan.. Siyes aku sedih bagai nak gila jugak! 

Aku harapkan NC, tapi bila dah begini jadiknya, NC dalam kepala aku terbang melayang la~~

then mama aku kat sebelah,, "Takpe la akak, sem depan cuba lagi" *sambil tepuk tepuk bahu aku*

Mum, if you do that, you make me more crying!!

Jika ini hasil aku sem lepas, hasil kesilapan aku, hasil kesalahan aku, hasil perbuatan,, takpe la, sem depan aku perbaiki semua, aku takkan mengulangi perbuatan atau kesalahan yang lalu.. 

Aku sedih. Aku kecewa. Aku tak dapat senyuman aku. Aku tak mampu nak motivate diri aku.
Aku tak boleh kawal air mata aku. Aku kecewakan ramai orang especially abang aku. Aku tak rasa aku boleh berdepan dengan kenyataan ni. 

Walau ape pon, Alhamdulillah aku takde repeat. =')

so, how can I tell my dad about this? bersedia untuk kena marah!!

Thursday, 1 November 2012

Cinta.. Benci.. Maki.. Sumpah..

Hey, tadi aku bukak FB jap, then, aku ada baca status seorang sahabat di FB ni, erm.. actually aku da selalu sangat da baca status dia uw.. *sebab selalu keluar kat wall aku* 

Dia punya status, kalau tengah hangat bercinta, mesti jiwang gilak macam that boy is her love forever, and diorang la yang paling sweet mweet.. hurmm.. aku tak kisah pon, hak dia kan.. yeahh, I don't mind.. go on..

Then, tak sampai seminggu....

"Bodoh punya jantan! Matilah kau! Kau ingat kau bagus sangat ke?? aku benci kau!!" 

Hurmm, dah kenapa maki hamun segala nie kan.. mesti tengah gaduh besar la tu kan.. 
kot ye pon bergaduh, tak payah la sampai nk update kat FB biar orang ramai tahu, lagi bila guna bahasa kasar, 'Bodoh punya jantan'.. haihhh
Awak, awak.. awak perempuan, kena jaga bahasa.. dah teruk sangat tu sampai kata macam tu, semua orang yang baca sekaligus buat mereka sebut sekali benda tu.. termasuklah benda lain, macam 'Babi, Sial, Pukimak' and so on laa.. 

Aku tak suka baca benda uw semua. dan aku agak rasa annoying la dengan perempuan yg macam tu. aku sendiri pon tak lari dari kata 'bodoh'.. tapi aku ada cuba juga untuk hilangkan perangai yg macm tu..

Banyak lagi perkataan yang boleh digunakan.. or better silent je.. kan diam itu lebih elok.. =)

And lagi satu, kau nak menyumpah bagai suruh dia mati kenapa? dah benci sangat ke? okey la, mungkin perasaan benci tu dah tahap melampau kan, tapi... cuba lah tenangkan perasaan uw.. tatkala masa marah tu la kita akan buat pelbagai dosa atau benda benda yang tak elok.. 

Kalau kita, perempuan ni, dikecewakan oleh lelaki, janganlah terlalu down sgt, jgn terlalu marah sangat.. its not the end of the world pon, just relax, and positifkan diri.. perempuan ni lebih kuat dari lelaki apa.. >_O

Sudahlah kawan, kalau rasa menyesal bercinta, jgn maki maki.. tak semua orang macam yang kau sangka, dan tak semua 'jantan itu bodoh'..! =) 

Kadang-kadang silap itu datang dari kita sendiri... fikirlah! 


Wednesday, 31 October 2012

Hanya Kerana 6 Jam.

Hurmm, 6 Jam? kenapa dengan 6 jam? well, today, 31 oct, me hangout with friends.. classmates U, and some of them dari Batu pahat, muar, and Kota Tinggi.. ermm.. 

Bukan selalu kan keluar jalan2 dengan kawan, dekat Jaybee pulak.. bukan selalu diorang turun Jaybee... and me, bukan selalu KELUAR RUMAH! ermm, TERcaps pulak kat situ.. --"

"Ayah boleh bagi angah keluar, tapi ayah bagi 6 jam jela, bole?" 
"Erm, boleeee~ " 

Nak tak nak memang aku kena jawab bole, kalau tak boleh, dia mesti tak bagi aku keluar.. But its okey, I dont mind.. memg aku keluar target nak balik petang.. Aku keluar pukul 11.30 pagi.. so kena balik pukul 5.30 petang.. 

"HAhahhahahahaha~ "
"Kacau mood laa"
"aku lupa kau susah nak keluar"
"Mane sempat nk pergi danga kalau dia ni kena balik pukul 5"

and bla bla  blaaa~ those words came out from my friends when I told them about I have 6 hours and have to go back home before 5.30pm.. 

well, I dont blame them, there is nothing for me to feel hurt or whatever.. memang aku tahu how my dad is. my dad agak control me, bila nak keluar with my friends tu.. tu kalau aku kat Jaybee.. cuba kalau aku kat Segamat sana, call kata nak keluar pergi ni ni  ni....boleh je! huh, k shut up...

Then seronok berjalan jalan,, tiba masanya 5.00.. tgah makan dengan diorg.. and tetiba diorg plan nak keluar jalan lagi, sampai malam.. n me was like,, "Wahh, kan best kalau dapat join sekali,,"

Cemburu.. aku cemburu dengan diorg yg boleh kuar jalan smpai malam.. aku,, tak boleh.. =( 

But nothing can do. Me still have to go back home b4 5.30.. 

then, aku menunggu my mum, amek aku.. malas nak balik naik bas.. mesti full je bas uw.. --"

Dalam kereta... *SILENCE* 

sampai rumah, aku beli chicken chop.. then aku makan with my mum.. and still.. suasana SENYAP ajee...

mama aku berbual dengan aku, but my respond : , "emmm" , "aah", "yelaa" 

Bukan marah pada sesiapa, cuma perasaan sedikit kecewa and terasa sedikit tentang apa yang berlaku terhadap aku.. I know, my dad is protecting me dari berlaku pape yg tak elok.. keluar malam, is not nice for girls, yeah I know.. and my friends, kata kata and gurauan mereka pada aku, biasa je.. aku memang dah biasa bergurau kasar dengan mereka.. so, its okey.. yeah, really.. its okey! *memujuk hati*

So,,, these are some of our pictures.. hee.. pape pon aku enjoy keluar dengan mereka semua!! ^_^







Thursday, 25 October 2012

Dear awak, maafkan saya..

Assalamualaikum.. 

Dear awak, saya minta maaf kat awak, atas segala yang saya dah buat pada awak.. 
Saya tahu, banyak kali saya sakitkan hati awak dulu..
Saya ada baca inbox awak dgn Arin, pasal dulu.. masa saya berkawan dengan seorang lelaki yg bernama Alif.. 
Saya tak sedar yang saya dah berubah sejak berkawan dengan dia. 
Saya lupakan awak.,
Saya selalu kata saya sibuk bila awak nak ajak jumpa..
Saya seolah olah tak ada masa untuk awak.. 
Padahal dulu sebelum saya kenal dia, sesibuka mana pun saya, saya tetap ada masa untuk awak.. 
Saya tak pedulikan awak.. 

Tapi awak, tetap ada dengan saya, awak sabar dengan saya, awak tetap sayang saya.
Saya serbasalah dengan awak. Saya menyakiti hati awak. Maaf.
Maaf tentang semua itu.

Perkara ni memang dah lama, tapi, saya takut perkara ni masih membayangi awak dan saya. 
Awak, lepas saya tahu luahan awak pada Arin tentang saya, saya sedar, yang awak betul betul rindukan saya yang dulu.. 
oleh itu, saya cuba untuk buang semua kenangan saya dengan dia. 
Saya dah padam gambar saya dengan dia. 
Tak akan ada lagi kenangan lama.
Tak akan ada lagi kisah lama yang menyakitkan awak, dan merosakkan hubungan kita.

Saya sayang awak sangat sangat. 
Saya tak nak kehilangan awak.

Jadi, saya sepatutnya berterima kasih pada Arin, sebab dia, saya sedar semua ni.
Sebab ada dia, awak meluahkan apa yang awak rasa, 
dan sebab ada dia, hubungan kita masih kekal hingga kini..

Orang kata, biar hilang kekasih, jangan hilang kawan..
Tapi tidak bagi saya, saya tak nak hilang dua dua. 
Kawan dan kekasih, adalah orang yang penting untuk saya..

=)

Maaf sekali lagi, awak... 

Monday, 22 October 2012

Selamat Tinggal Sahabat..


First time aku ada pengalaman, sahabat aku meninggalkan aku, dan semua perkara di dunia ni. 
11 Oktober 2012, pagi, seorang sahabat aku, Redzuan Shah bin Ismail, telah meninggal dunia di Singapore. Dia accident. tak silap aku, lori langgar dia. Masa tu dia bawa motor nak pergi kerja. hurmm, dah ajal kan, dia mati accident macam tu. simpati kat awek n family dia. macam mana lah awek dia tabahkan hati.. 

Ni la Redzuan Shah.. =)

Aku kenal Shah masa kitorang sama sama kerja dekat Guardian. kat situ, aku seorang je perempuan, yang lain pekerja lelaki. bujang pulak tu, haha, ada dua orang je yang sebaya dengan aku, lepasan SPM.. Shah ni pulak tua 3 tahun dari aku. sekarang nie patutnya umur dia 22 tahun. 

Mula mula kenal memang agak janggal, kena pulak aku ditugaskan untuk ajar dia cashier, huhu.. dan dalam diam, aku ada jugak menaruh hati pada dia. dan dia pun tahu aku suka dia. hahaha. tapi dia dah ada awek, jadik kami berkawan saja. =) 

Memang kitorang agak rapat, biasalah dah kerja satu tempat kan.. kawan kawan yang lain pon aku rapat jugak, macam Shabil, Haziq, Epul, Haszrul.. dah macam adik beradik dah. 

Teringat dulu, masa aku, Shah and Shabil kerja sama shift, balik malam, dalam pukul 10.15mlm gitu,, Shah ajak aku and Shabil pergi satu tempat rahsia dia, tempat lepak and kedai baju yang cantik cantik, yang orang ramai tak tahu, hehe, nasib baik mood ayah aku okey, bagi aku ikut Shah and Shabil keluar kejap malam tu. tempat kerja aku tu kat tengah bandar, dekat je dengan bazar karat. tempat tu pon dekat dekat dengan kawasan situ.. sekarang aku dah lupa tempat tu kat mana.. huhuhu

Ada juga aku dengan Shah keluar pergi makan, masa rehat.. dia ajak aku pergi tempat makan yang murah, and sedap. tempat tu pon tersorok jugak, tapi dalam CS la. aku dah tak ingat kat mana tempatnya, and aku ada amik gambar dia, haha *dia suruh*.. 

gambar masa lunch sama.. *saje possing stress!* haha

Masa kerja, dia lah yang paling nakal, huhu. kadang nak makan, bukannya bayar dulu,, dia main amik, lepas dah habis makan baru dia bayar. tu yang kitorang ikut perangai dia. Hahaha. Lepastu dia suka mengular, jalan jalan, tak pun main keluar je, semata mata nak beli gula getah. hahaha. kitorang ni pulak yang kena cover dia. --" 
Takpun tempat lepak dia, dalam tandas kat guardian uw.. berejam duduk dalam toilet konon kata sakit perut, padahal..... nak bergayut dengan awek dia! hahaha.. macam kitorang tak tahu je kan.. =P

Haihhhh.. macam macam kenangan yang ada. tak sangka kau pergi begitu awal. tak sempat aku nak jumpa kau, Shah.. tak kesampaian nak lepak sama sama dengan Shah, Shabil, Haziq,,, macam dulu.. =(

 apa apa pun, aku doakan, kau tenang kat sana, semoga kau ditempatkan di kalangan orang orang yg beriman.. Amin.. =')

Thursday, 31 May 2012

HooRay!

HoLa! HoLa! Sorry meyh lame tak 'menghupdate' aku punye bLog niee.. kuikuikui
Bukan busy lorhh,, tapi... malas je!! kwang kwang kwang XD

Okey la, nak tahu sambungan pasal post yg lepas tu ke? About akak kat tempat kerja aku niee? Hurrmm, x yah laa, malas pulak.. Hehe.. tak ade ape pon, kalau ada masalah kesihatan, die memang macam tu, die tak sehat lorh.. huhu.. okey, FULLSTOP!!

Meyhh kiter cerita pasal benda lain pulak yee.. Hurmmm.. cerita ape ye..Ha! nie nak cerita yang aku da abes kerja da! Hehehe.. Best ke? hurmm, best jugak laa... kot!! Hahahha.. actually baru cuti niee.. dah cukup due bulan aku kerja sebagai promoter di Butik ELH tuu.. macam macam cerita ada,, hahha.. and now, aku dah berhenti kerja nie, kawan aku yang study Matriks pulak amek tugas aku.. Hhuhu.. berseronok la die kerja di situ!! XD 

Baiklah, sampai disini aje la aku cerita aee.. tak ade ape pon sebenarnye,, hahha.. just nk bagitahu aku dah BERHENTI KERJA!! 

Okey, bubye!!

Sunday, 20 May 2012

KERJA #19

BINGIT! BINGIT! dan BINGIT!! 

Die nie datang datang je, muka da masam, asyik moody aje.. Susah nak jumpa die nie ceria 24jam!! Tapi bukan sampai tahap gila laa! Hishh! 

Die nieeee...yang aku maksudkan..... Ermm.. Kak Liya la! huhu.. mesti pelik kan? Yela, sebelum nie dengar@baca post post aku sebelum nie mesti aku macam rapat dengan kak Liya kan? Ha! Meamang kitorang rapat pon.. Tetapi itu DULU!! Sekarang nie, muka die asyik masam aje, moody tak menentuu.. susah nak agak mood die okey ke tak.. Then aku nie pulak memang suke bertanya kalau nampak akak akak nie tak okey.. 

Tadi lepas die dah datang tu, aku tanye la die, "Akak dah makan ke belum?" Hurmm... menunggu  jawapan trun dari langit la gayanyaa.. die buat bodoh aje! Huhu.. Lepas tu aku diam je laaa....

Aku dengan kak Isya da tak tahu nk buat ape.. kitorang berdue memang tak tegur kak LIya la kalau da tengok muke die macam tu.. mane taknye, kitorang kalau tanya pon die buat tak tahu jee.. better kitorang diam, buat simpan air liur nie! 

Then pukul 2ptg gitu, kak Liya datang jumpe aku,,

Kak Liya : Adek, akak nak mintak tolong sikit boleh?
Aku        : Tolong ape?
Kak LIya : Nanti tolong belikan akak nasi dengan lauk ape ape laa dekat atas.. 
Aku        : Urmmmmmm...*aku terus diam*

Then aku jumpe la kat kak Isya, yang kak Liya nie minta tolong aku belikan die nasi.. Aku luahkan kat Kak Isya yang aku tak nak belikan sebab confirm confirm akan pakai duit aku punye.. Actually pernah sekali tu, kak Liya kirim nasik dekat aku, dengan lauk asam pedas n ayam goreng.. aku pon belikan laa untuk die, harga makanan die RM7.. Pakai duit aku tuu.. BIle da balik tu die ade tnye la berapa die punye, aku cakap la harganyee,,  dengan harapan die akan bayar balik, sebab aku memang simpan duit yang ade dalam dompet aku tu untuk bulan niee,, duit belanjee aku.. Tapi tak.. die takde pun pulangkan.. Aku cube la pujuk hati aku, halalkan aje duit tu, makanan tu.. Sebab die pon pernah belikan aku burger,(padahal aku tak mintak die belikan pon)... Lepas tu, lusanyaa, die mintak tolong dekat aku, die nak pinjam duit aku RM10.. Aku bagi ajela dekat die sebab kesian laa,, die kata nk beli makan an, die takde duit, sebab die setiap bulan kena bagi Rm500 dekat mak diee.. huhu.. Okey, aku faham la situasi diee.. so bagilaa dengan harapan die akan pulangkan bile dah gaji nantii.. *Die ade kata nk pulangkan bila dah gaji nnti...*

Sebab tu la tadi mase dia suruh aku belikan nasi tu, aku tak nak,, huhu.. Kak Isya pon lepas dgr cerita aku, die cakap la, yang kak Liya nie dgn budak budak yang sebelum nie pon ade macam tu jugak.. pinjam duit, belikan makan, belikan ini... 

Then tadi die suruh aku belikan nasi sekali lagi, aku cakap la aku tak nak, malas nak keluar.. Die terus buat muka, "tak ape la"... Yela, mana taknyeee,, aku nie setiap hari memang keluar 3kali nk pergi solat.. lepas tu die suruh aku keluar lagi belikan die makan, macam die tak boleh nak pergi sendiri,, dah la kitorang kena tulis report keluar masuk tuu,, penuh kertas tu dengan nama aku.. die tu? kosong aje!! macam ade emas kat kedai aku tuuu.. haishhh!
Lepas tu selalu suruh aku belikan topup untuk die la, untk pakwe die laa... Kedai topup uw depan kedai aku je kot!! Berat sangat kaki die nak gerak!!

Kemudian, benda yang aku tak puas hati nie,, die tu selalu sanagt nak pinjam telefon aku, nombor Digi aku, nak call kawan baik die tuu.. kalau sekejap takpe jugak, nie LAMA!!! bape ringgit kredit aku abes gara gara diee.. Lepas tu aku da tak bagi da die pinjam handphonee,, bagi alasan aku takde kredit.. -.-

Lepas tu pernah sekali tu die tegur aku, aku asyik main phone aje,, okey, aku terima teguran tu, aku tahu aku salah, tapi die tu pon 2x5 ajee!! Asyik jugak die dengan handphone die tuuu.. Cakap tak serupa bikin.. Tegur tak tengok diri sendri.. -.-
Siap cas nphone lagi, padahal tu dah langgar LAW daaa.. 

Then, die selalu cakap kat aku yang die tak suke kerja dengan Kak Isya sebab kak Isya nie kalau ade masalah dengan laki die mesti sampai ke tempat kerja.. die kata,, 

"Akak kalau boleh tak nak la kerja melibatkan masalah peribadi kan.. kalau boleh kerja tu biar la happy happy,"

Ye! Memang! Tapi die pon same jugak,, Masalah family, boyfriend, kawan semua die campur dengan kerja.. Aku rase 2bulan aku kerja dengan Kak Isya n kak Liya, aku tak pernah pon tengok kak Isya nie bad mood, marah marah... Die tu ade laa! Tak terkire die punye bad mood, maslah die.. Haisshhh! 

Memang lepas geram la aku kali nieee.. Tension weyhhh!! Esok dah la aku kerja berdue dengan die.. Hampehh... kalau esok smapai malam die maseh ikut kepala die, aku nak lepaskan segala yang aku tak puas hati nieee... Serius la, aku tak tahan weyh kerja dengan orang yang tak sedar diri, asyik ikut kepala die ajeee.. tak fikir pasal orang lain.. 

*Breath in, breath out~~* 

Thursday, 17 May 2012

Happy Birthday to me!!

Hey hey! Happy birthday to me! Lalala~~ *syok sendiri* HAHA
Hari ini cukup la aku 19 tahun~ =)
Aww!! Inilah hari yang ku tunggu tunggu sebab.. Errr... Sebab... MR.N is coming to Jaybee!!
Wuhuuu~! I miss him damn much tawuk!!! Jadik, kitorang plan la nak keluar same pada haru jadi aku niee.. Mulanya plan berdue je, tapi.. kawan kawan die pulak ade ajak die kuar jalan kat jaybee kan.. Tu yang plan keluar berdue jadik keluar bersama rakan rakan! Hehehe.. lagi best kan?? Kawan kawan sekelas Mr. N je laa.. Kawan kawan aku kerjaa.. huhuhu..

Plan nak keluar dalam pukul 11 pagi gituu.. Tapi, ehemm.. kereta problem plak.. huhu,, time nak amek aku je, kereta rosak.. Huwaaaa!! TT.TT mengade nyeee.. macam tahu tahu jee.. hahaha

Then dalam pukul 12 lebih ke, nak pukul 1 kot, diorang da sampai depan rumah aku.. Nasib baik tak sesat! Huhu.. Terus la kitorang menuju ke Jusco Tebrau... I'm going to Jusco with LOVE!! Ahaha.. Dye pakai baju hitam.. Awww. aku suka warna Hitam!! XD 

Sudah sampai di Jusco,, rasa lapar pulak.. mestilah nak pergi makan dulu kan? So, kitorang makan la KFC So Good tuuuu~ huhuhu.. 
Aku memang plan nak belanja Mr. N dengan kawan kawan die nie makan.. tak kesah la makan ape.. Tapi si Mr. N nie pulak yang nk belanjee.. huhu.. ngade!

Hey awak Mr. N! Saye ade snap pic awak! Hohoho XD

Sebelum makan tuu, Mr. N nie pulak nk ke tandas.. dgn kawan die yg laki tu laa.. huhu.. Lama tunggu diorang! Perut da la lapar sebab aku tak sarapan pun.. HAHAHA makan la sikit kentang goreng Mr. N tuu.. Alaaa, amek satu je pon.. hehe

Then dah cukup 5 orang, including me, start la makan.. Aku just makan burger jee.. huhuu.. Dah nak abes, si kawan Mr. N nie pulak nk pergi cucuk duit... Time aku pergi cucuk, die tak nak ikut.. huhu.. Dye ajak la Mr. N sekali, suurh teman..

Bile aku dah abes makan tuu, nak pergi basuh tangan, baru nak bangun, si kawan Mr. N nie pulak datg, tengok aku tersenyum senyum, aku buat biasa jela sebab die memang macam tu! hahah.. Then terdengar pulak ade suare nyanyi "Happy Birthday to you~~ " Sekali aku toleh,, Hey!!!! Mr. N bawak kek datg! huhuh.. Tak sangka pulak ade kek, mulut aku asyik nak kate die mengada aje!! Hahaha.. Aku suke sangat!! Tak expect pon ade makan makan kek.. huhuhu.. Thanks sayang.. =D
Lepas da abes makan kek, sekali lagi aku nak bangun, toleh tepi, Heyy!!! Mr. N bawak kotak besar, bagi aku.. Wahhhhhhhh!!! Full of Suprise la die nie! Selalu kalau org bg kek, mesti terus bagi hadiah sekali kan, tapi ni tak, die bg lagi surprise.. hahhaa.. Love you la!!!


Inilah Teddy bear yg comel dalam kotak besar tuu.. Hehehe.. 

Tak lupa jugak keychain yg Mr. N bagi nieee... =)


Lepas tu kitorang pergi la main bowling.. XD

Yeahhh!! Its bowling time!! Aku mula terjebak dengan bowling nie sebab Mr. N nie laa.. huhuhu.. Tapi tak pe, tak kesah pon, sebab Best!! Lagi lagi kalau tengok bola aku tu straight jee,masuk longkang.. =.=" pftt~

Hari nie memang semua benda nak matching dengan baju n selendang yang aku pakai.. huhu.. Semua kaler hitam, putih, kotak2.. Yela, sampul hadiah Mr. N, dengan kasut bowling yg anutie uw bagi.. huhu.. sorry, tak snap pulak gambar kasut tuu.. Rasa macam nk amek bawak balek je kasut tuu, ganti dengan selipar buruk aku.. HAHA..

Lepas da main bowling tu balik laaaaaaaaa... Huuuu.. aku tak puas sebenarnya keluar dengan Mr. N.. nak keluar lama lama!!! kalau boleh biar die duduk sini jela dengan aku!!! Huhuhuhu.. =(

But, thanks a lot to his friends yang sporting, tak kesah amek aku kat rumah, sambut my bufday, even baru nie pertama kalinya keluar dengan diorang.. huhu.. Aku rasa selesa je keluar dengan diorang.. hehehe..

And.... Thank you Very Very Very Much to Mohammad Sharulnaim Bin Abu Bakar!!!
Awak buat saye gembira, ketawa, terkejut dengan kejutan yang awak bagi tuuu.. Lucky me have you in my Life.. ILOVEYOU! Hehehehe ~ XP

Even awak kate gambar nie tak cantek, tapi saye tak kesah sebab nie la satu satunye pic kita yang ada dalam handphone sayee.. huhu.. ILY <3

Saturday, 5 May 2012

KERJA #18

SOryy la, aku sekarang macam da malas sikit nk update update blog niee.. asyik takde mood jee.. ni pon aku nak update, nk luahkan perasaan aku..

Well, datang kerja tadi aku sangat happy! Mulut aku je yang asyik bercakap tak henti.. Tak pernah lekang pon senyuman aku.. Tapiii.. tak lama pon,, petang tadi aku terasa dengan someone niee.. 
Die tegur aku.. okey, memang salah aku laa.. aku akui.. salah ape tak perlu tahu laa.. tak penting pon.. Tapi yang buat aku terasa sangat la kan,, Kenapa die mesti nak tegur aku dengan muka die yang masam mencuka tu? Tak boleh ke tegur aku dengan senyuman, cakap lembut.. Aku bukannye budak kecik, tak boleh nak dengar kata.. KAu tegur sekali, aku tak buat lagi la!! Aku cuba la rilexkan diri aku.. tahan emosi aku.. aku tetap senyum, even dalaman aku terasa sangat, sampai aku terpaksa ke bilik air nak keluarkan air mata  tuuu.. *Nasib baik org lain tak perasan* 
Bile aku jumpa kau, aku tegur kau, seolah olah takde ape yang berlaku, aku masih nak bergurau dengan kau, senyum dengan kau.. Tapi kau buat endah tak endah jee.. Kau tanya aku sepatah, aku jawab berpatah patah sebab nak bergurau dengan kau, tapi kau buat tak tahu jee.. Aku jadi 'happy-go-lucky' pon sebab aku tak nak kau rasa serbasalah biler da tegur aku tuu.. Tapi ni tak, kau pula yang masam muka dengan aku.. Nasib baik ade yang sudi nak dengar luahan aku tadi.. huhu.. 

Susah sebenarnya orang yang selalu di gelar 'happy-go-lucky' niee.. sebab terpaksa berpura pura gembira sedangkan rasa nak menangis!!! 

Sorry, takde mood.. bubye!

Friday, 4 May 2012

KERJA #17

"HAPPY BIRTHDAY!!" 

Tu la ayat yang diorang ucapkan kat aku sebaik aje aku masuk Butik Charming nie lepas mghrib tadi.. huhuhu..
Tengok tengok ade kek yang tertulis,

'Selamat Hari Tua Nora, Ema, Fitri, Era!'

Huhu.. mulanya aku tak tahu bufday sape dorang buat nie.. tapi tengok ade nama aku, hoooo.. diorang buat sekali.. hehe.. thanks a lot akak akak semua!! Patut la Kak Isya ni tak habis habis sebut yang malam ni nak berpesta.. aku pula punya lah blur tak syak apa apa.. yelaa.. sebelum nie mane pernah aku sambut bufday.. huhu. YUP! this is the first time surprise bufday party utk aku.. seriously, TERHARU!! Tak terkata tadi.. tercengang aku.. huhu.. So, ini lah gambar gambar yang diorang tangkap.. ^__^ 


 Ini lah kami yang sambut bufday.. hihi









Sekian... Thanks a lot akak2!!!!! >___<

Thursday, 26 April 2012

KERJA #16

Hari nie kerja sangat happy! =D
Tak tahu la kenapa, tapi asyik gelak tak habis jee.. hahaha

Meyh, aku story story.. hehe
Tadi ade la due orang customer melayu yang badannye agak gempal gempal, chubby dan boleh di kategorikan dalam golongan orang gemok kan,, mekap diorang,, perghhh, kalah kak Liya yang suke bermekap tu,, lagi dengan pakaian skirt, dan singlet then pakai jaket pendek.. erghhhh, tak padan dengan body,, fesyen kemain.. huhu
diorang nie pulak datang mencarik skirt.. haha.. tolonglah faham, skirt kat tempat aku tu banyak free size, tapi kecil, bukan besar.. !!! Lagi diorang mahu beli,, lepas tu tanya aku, kak Liya dgn kak Isya, muat ke tak.. kitorang diam je la, perhatikan.. Then ade lagi satu tempat skirt nie diorang tak tengok taw.. Then aku panggil la, tunjukkan.. 

Aku,, "Ini style macm skirt but actly die seluar.."
Diorang,, "Hooo.. lawa jgak, muat tak pakai ni, (smbil tegang tegangkan getah).. "
Aku,, "Tapi, getah die nie macam ketat sgt la, tak muat kot...(terlepas cakap senarnyee -.-" ).."
Diorang,, "Takpe la, amek la nie satu.. "

Aku pon amek la letak kat kaunter.. Then die pon ade amek baju singlet yang ade reben reben, nak beli jugk, padahal aku tengok kecik je baju tuu.. Pelik aku tengok diorang niee.. 
Aku sebenarnye menahan ketawa jugak tengok gelagat diorang beli baju niee,, selalu customer lain bukan main cerewet lagi pilih baju, tak nak ketat la, nampak ini la, nampak itu laa, kecik sgt laa... Ni diorang tak, agak agak macam boleh muat, diorang terus amek.. *banyak duit kot*.. Pandang la atas bawah,, sekali aku, kak Liya dgn kak Isya boleh perasan pulak, sorang member die nie punye kaut, tapak die dah SENGET! HAHAHA! Lepaas diorang da balik jee,, terus ketawa giler giler, mengutuk diorang tu... Hahahaha XD

Lepas tu ade lagi cerita due org customer ni, India.. Laki dan perempuan.. Si perempuan ni mencari baju dress, si lelaki ni aku perasan die pakai rantai emas, gaya smart giler, pakai kemeja, kasut berkilat, handphone canggih.. Tapi nampak macam dah berumur.. Perempuan ni pulak nampak macam 20an je kan.. mase die nak try baju jap, die panggil laki tu, "Sayang!" terus aku dengan kak Liya tengok, kak Liya cakap,
"mesti laki tu sugar daddy kan dik.. "
"Hurmm, ye kot.. nampak kaya ek,, "

Hummm,,, last last diorang beli baju RM10 je... -3-
Ape laaa....~

Lepas tu, dalam lewat petang gitu la kan, kak Isya ni bukak blog MJ12, macam biasa laa, aku dengan kak Liya menjadi pendengar setia, sambil buat demo.. hahhaa.. mendengarkan kak Isya menjadi pembaca.. XD

Dalam cerita tu, ade la babak, 
"Benda itu berdiri tegak, tidak bergerak, dan pakaian nye agak kekuningan,.... berambut panjang.... kemudian hilang perlahan lahan..."

Then tetibe phone kak Isya berbunyik, husband die call la.. Kak Isya berhenti jap, jawab call laa.. die pergi dekat depan, aku dengan kak Liya duduk kat kaunter perhatikan kak Isya melalui CCTV..
Lepastu, aku dengan kak Liya ni pon, mula laaa....

"Adik, tengok tu, die (kak Isya) berdiri tegak, tidak bergerak...."
"Bayangannye hitam,, bukan kekuningan...."
"Ouh, tapi benda itu tiada rambut,,,,"
"akak, lihat, die menghilang perlahan lahan..... "
*time tu kak Isya bergerak ke sudut yang tersembunyi sedikit..*
Lepas tu aku dengan kak Liya keluar laaa....
"Ouh, rupanye die susun baju di situu" 

HAhahahaha.. aku dengan kak Liya ketawa bukan kemain,, customer ade pon buat macam tak ade.. Lepas tu muncul pulak idea aku nk takutkan kak Isya,, aku cakap dengan kak Liya, nanti bila kak Isya nak pergi ke kaunter mesti akan lalu depan satu patung niee,, so, mase die lalu nanti, akak Liya bg signal, aku sembunyi dari belakang, naikkan tangan patung tu menghalang die secara tibe tibe,,,
Lepas tu kak Liya pon nak la kan.. Then tibe tibe aku pulak macam,, "Hishh, tapi tak baikla akak,,"
Kak Liya, "Tak pe, satu tangan je pon,,"

So aku pon duduk la belakang patung tu sebaik saja kak Liya kata die nak datang,,
Mase tu kak Isya masih berbual di telefon lagi,, Sebaik saje kak Isya lalu, kak Liya pon angkat tangn sebagai signal then aku pon,, dengan lajunye angkat patung tu secara mengejut depan kak Isya..Mahu tak menjerit akak tu... "Hish, budak berdua nie!! " 
Aku dengan kak Liya dah ketawa menahan perut yang sakit sakit sebab gelak banyak sgt.. huhu.. 

Aduhaiiii.... macam macam laa.. Muncul perangai budak budak tu balik.. ahaha

Okey la, tu saje story aku.. hehe.. Bubye!! XD

Wednesday, 25 April 2012

KERJA #15

Semangat betul aku nak kerja hari nie taw! Huhu.. Hari ni macam biasa la, aku OT sebab Kak Liya cuti..
Tadi lepas housekeeping, tengah duduk duduk kejap, kak Isya bebual la dengan aku pasal Kak Liya.. die kata semlam kak Liya macam moody jee.. datang kerja pagi pagi dah muka masam, lepas tu asyik berdiri je kat depan kedai uw, panggil minum, makan, die asyik kata nanti ajee.. bila di tanya apa masalah, die tak jawab ape pulak..

Aku pun terdiam laa.. Mungkin aku tahu la apa masalah die kot.. huhu.. Tak lama lepas tu kak Liya mesg kak Isya, then kak Isya bacakan sekali untuk aku.. Kak Isya kata yang kak Liya mesg, cakap, die nak cuti due hari,, tapi lepas tu tak jadi pulak.. Then tibe tibe die mesg cakap die macam ade tak puas hati dengan kak Isya.. tapi die tak nak cari pasal dengan kak Isya..

Kak Isya da pelik, tak paham maksud di sebalik kata kata kak Liya tuu.. Kak Isya tak tahu ape salah die pada kak Liya.. Aku pulak rasa serbasalah.. tak tahu nak kata ape.. diam jelaa.. tapi sejujurnye, aku pon tak paham dengan kak Liya.. die kejap okey, lepas tu tak okey.. huhu.. Then aku bukak la cerita pasal Kak Liya nak berhenti uw dekat kak Isya, *kak Liya suruh*.. sebab nak berhenti uw, adalah sebb kerja n manager..

So, sekarang nie tunggu jela esok, jumpa kak Liya tu, face to face, story abes abes..

Huuu.. tadi aku tak order makan pon, aku bawakbekal.. tapi bukan bekal nasi.. aku just bawak sotong goreng je,, yang salut dengan tepung uww,, makan ratah gitu jee.. hihihihi.. mood nak makan uw memang ade, tapi bila difikirkan duit, aku kena berjimat laa.. duit belanje tinggal sikit jeeee... huhuu.. taknak la minta mama lagi.. segan..^^,"

Then masa lepak lepak, takde customer an, aku pegang nphone, online la kan, kak Isya pulak tengah iron baju.. sekali aku nampak ade orang nak masuk kedai, aku segera la bangun nak serve kan, sekali die tegur pasal "SALE" yang tergantung kat atas uw senget.. mulenye aku tak dengar sgt ape die cakap sebab aku berdiri dekat dengan speaker, lagu pulak volumenye memang kuat.. huhu.. So, memang due tige kali la aku tanya die, cakap apee... hahahaha

Then die,,

"You budak baru meyh?"
"Aaahh..."
"Ouhh, you tahu, ini I punye tempat.."

Aku pon...... "Hoooo... DAtin~!! " 

Die bos aku laa.. huhu.. naseb aku tak layan die macam customer.. hehe.. =P
Terus aku amek kerusi, betulkan "SALE" uw.. then biler nak letak kerusi tuu,
"Datin, tumpang lalu kejap.."
Ehemm.. dengan penuh sopan aku cakap.. hahaha..
Nampak kan sedikit hipokrit di situ? buat buat rajin la kan.. ahhaha

Lepas tu die asyik keluar mask kedai aje,, nak pergi shopping la, tinggalkan barang kejap laa, tengok kedai laa.. Aduiiii.. Aku dengan Kak Isya pon tak senang.. nk keluar takut terserempak pulak..

Last last mase aku tengah lepak kat stor, main phone, kak Isya tengah nak kira duit dompet die, aku tengok cctv, pasan macam ade orang masuk..aku baru bangun, tengok lagi,, eh! Datin laagiiii... Terus aku buat buat minum air, Kak Isya campak dompet die dalam laci.. huhu.. kak Isya kata bos yang ni mult bising.. die kalau kitorang tak panggil die "Datin" , kena saman RM50.. Huh, menyampah.. Tu yang bile aku panggil die 'Datin' , kak Isya pandang aku senyum, kak Isya ingatkan aku lupe la pasal pangkat si mak Datin niee.. huhu.. lepastu baru die terus balik.. dan sempat lagi pandang aku,
"Okey, bubye adik.. "

Hahaha.. 'macam' baik kan..?

Hurmm.. okey laa.. itu saje mahu cerita.. bubye!

Tuesday, 24 April 2012

Bilikku Syurgaku~

Hari ni aku offday!!! XD
So, dari duduk duduk layan Tv, internet, makan, tidur,, baik aku buat aktiviti mengemas kan.. hehhe.. mood tengah rajin nie, jangan spoil k! Huhu

Mase tengah kemas kemas bilik tadi muncul pulak idea nak update pasal bilik aku, I mean, koleksi yang ade dalam bilik aku niee.. But, utk pengetahuan awal,, aku nie SHARE bilik dengan adik aku.. kitorang berdua satu bilik.. Aku teringin nak bilik seorang je, tapi rumah aku ni tak besar mane pon kan,, huhu.. Jom jom! kite terjah! zazzzz!!!! HAHA XD

 Ini pintu bilik aku.. 
Yang 'my room' dgn 'welcome' uw adek aku yang buat..

 Salah satu hasil lukisan aku.. hehe

 Ini tulisan jepun yang aku buat, maksudnye adalah 'KAWAN'.. 

Dulu aku minat cter Death Note, sampai skrg lagi aku minat.. nie la kesan tak ade kerja.. hehe.. 
"Whose name that have been written in the Death Note, SHALL die.. "

Seterusnya, masuk dalam bilik jom!! 

 Inilah katil aku.. yang sebelah kiri uw tempat aku, yang ade domo ni tempat adik aku.. 

Ini pulak contengan di dinding bilik aku, dekat dekat dengan pintu,,
REEN RenDarkFire
FIT FitWhakakaa
(Adik aku yang buat)

Antara koleksi koleksi yang ada... 

Ini jam tangan aku dan adik aku.. kitorang memang suka beli jam.. hehe

Ini semua handphone handphone yang aku pakai sebelum nphone sekarang niee.. yang first sekali pakai ialah nphone panasonic.. yang tengah tengah tu.. 

 Dalam nie semua ada perfume, getah, sepit, lip balm, bedak, facial spray, eye roll-on, deodorant....

Well, nie perfume perfume yang aku pakai.. Tapi yang botol kecik kaler purple uw, yang paling kerap aku pakai.. 

 Anak patung hiasan saje,, ade sin chan, rabbit, kungfu panda n bear..

 Ini patung @ teman tidur adik aku..

Ini pulak Teddy n Mashimaro kesayangan aku.. ^__^

 Antara beg beg yang dimiliki.. *Ada yang tak masuk lagi..*

 Gabungan kasut aku dan adikku.. 

Ini kasut yang aku pakai buat pergi kerja.. 

Btw, adik aku nie suke sgt dengan patung DOMO uww.. aku pon tak paham kenapa die minat DOMO.. huhu.. nie la barang domo die uww.. 
 Patung Domo..
Beg sekolah Domo diee..
 Beg tangan domo die..
Bantal domo diee...


Akhir sekali, di sini la tempat aku nak online ke, tengok movie ke.. Aku takde meja pon dalam bilik nie, sebab bilik aku bukannye besar manee.. kalau letak meja, memang tak ade ruang yang luas laa.. huuhu

Okey laaa... tu saje yang nak di share kan.. Bubye~!!!