Thursday, 28 February 2013

Pesanan Terakhir.....

Aku orang yang manja, dengan semua orang. termasuk kawan kawan aku. Tapi dalam masa yang sama, aku akan jadik orang yang kuat. Aku cuba jadi orang yang mengatasi kelemahan diri. Mengatasi semua masalah dgn sendirinya. Aku banyak kekurangan. Dan aku perlukan sokongan.

Aku rindu mama dan ayah aku. Aku rindu abang dan adik aku.
Aku rindu nak luahkan semua kat abg aku. Abg aku walau tegas mana pun, garang mana pun, dia tetap amek kisah pasal aku. selalu nasihatkan aku.

Aku... mungkin orang yang perlukan waktu untuk bersendiri. lari dari semua yang membebankan fikiran aku. Lari dari semua perkara. Lari dari semua orang.

Awak, Mr N, saya nak minta maaf kalau saya punca awak penat. Selalu layan awak acuh tak acuh je, selalu buat awak macam tak penting. Awak nak tahu sesuatu?
Kenapa saya buat game ni? Salah satu sebab saya dah bagitahu awak kan, dan sekarang ialah sebab yang seterusnya.

Saya terpaksa buat game ni untuk pujuk hati saya, supaya saya takkan rasa kecewa bila saya nak jumpa awak, awak busy. Saya nak biasakan diri saya dengan realiti. Saya nak kuatkan diri saya sendiri. Tapi saya tak berani buat cabaran yang lagi mencabar. Contoh, tak contact awak sebulan. Haha. Saya tak boleh buat mcam tu. sebab saya nak awak sentiasa ada kat sisi saya.

Tapi, perasaan marah ni tetap muncul bila awak ada dan takde. Saya menuduh dan marah awak tanpa dengar apa apa dari awak. Saya silap awak. Saya minta maaf. Saya banyak menyusahkan awak. Saya tak berkorban untuk awak. Asyik awak je yang berkorban untuk saya. Saya bersalah, dan saya tak patut jadi macam tu. Saya minta maaf sekali lagi, awak.

Lepas ni, saya takkan ganggu awak lagi. Saya nak awak lupakan saya buat sementara waktu, saya nak kita jauh dulu. Saya nak kuatkan diri saya. Saya tahu awak memang kuat. Jadi, awak jaga diri awak. Dan saya akan jaga diri saya. :)

Andai ada jodoh, tak ke mana kan. Kita tetap akan berjumpa... bila tiba masanya nanti.

Salam.

Dear Kawan,

Dulu kita kawan, sentiasa gelak sama sama. Kalau sedih pon mesti kita berkongssi rasa, berkongsi cerita. Tapi, manusia kan.. senang je nak berubah. Boleh ke aku nak salahkan masa yang berlalu ni? Boleh ke aku nak salahkan keliling kita.. tentang puncanya kisah kita ini?

Wahai kawan, kau dan aku, kita rapat. Bukan aku nak kau sentiasa dgn aku. Tapi fahamilah perasaan aku. itu pun jika benar kita ini sahabat. Jangan lah buat tak peduli tentang aku. Jangan lah buang aku sebagai sahabat kau. Janganlah hiraukan aku. Aku sayang semua sahabat sahabat aku. Walau terguris mana pun perasaan aku terhadap kau, aku cuba buang, sebab kita pernah menjadi sahabat yang rapat. yang sentiasa gelak sama sama.

Kawan, jika benar kita ini sahabat, berdepan lah kita dgn masalah antara kita ini. jangan buat ianya semakin keruh. aku cuba mendekatkan diri dengan kau, tapi, kau pulak menjauhkan diri dari aku. Apa salah aku? Apa yang aku dah buat pada kau, sampai kau layan aku sebegini? Terus terang pada aku.. please..

Andai kata aku banyak buat salah pada kau, maafkan lah aku, Maafkan segala silap aku. Aku tahu aku bukan sahabat yg baik untuk kau, aku bukan yang sempurna untuk kau. aku orang yang tak punya apa apa kelebihan pon. Aku sedar siapa aku. aku tahu level antara kau dan aku.. JAUH BEZA!!

Tapi, kita tetap boleh jadik kawan yang happy happy selalu. kan?

Friday, 11 January 2013

Busy Busy Busy!

Orang berubah, itu normal!
Tapi.. perasaan untuk terima orang yang dah berubah, itu sukar!

Aku perasan sejak dia pegang jawatan tinggi ni, dia selalu busy dengan kerja dia. 
Aku yang biasa biasa ni busy pon,, dengan homework jela, assignment~ 

Dan sejak dia busy ni la aku dan dia jarang duduk sama sama, makan, lepak or pape jela yang selalu kitorang buat dulu. Terasa jugak dengan dia ni, Aku luahkan kat seorang kawan dia,, n kawan dia tenangkan aku.. He said, 

"Normal la reen. Kerja dia memang banyak. Kau kena faham dia. Set mind kau k?"

Huuu. thanks, even tu x tenangkan aku sepenuhnya. Tapi aku cuba. 

Aku boleh tenangkan orang lain, kawan kawan aku... Tapi kalau aku? Sometimes hanya aku je yang boleh tenangkan diri. Ha Ha Ha sedih bunyiknye kan?

Dan sekarang ni, aku akan cuba busykan diri aku jugak supayaaaaa bila dia busy dan takde masa utk aku, aku tak terasa sgt, sebb yelaa aku pon busy!! 

okey la. sekarang pon aku dah busy nak siap siap pergi makan dengan kawan kawan aku. 
Aku busy nak luangkan masa dengan kawan kawan aku pulak! 

Bubye!

Friday, 30 November 2012

Sakit Hati!

Benci! menyampah! Sakit Hati! Tak suka!!

Aku rasa macam nk jerit je semua perkataan uw depan depan dia!!
Dari petang tadi, sampai malam ni weyh aku terasa lagi!!

Mulut ni rasa macam nak keluar je kata kata kesat!! 

Ahhh #%&^&$#%$&^(^(!!!!!!!!!!!!!

Aku memang saje nk komen status budak pompan kesayangan kau dulu tu sebab aku nk bagi dia terasa,. yela, asyik pasal KARMA aje. macam dia seorang tahu pasal Karma tu! Bosan la setiap status pasal benda yg sama macam tu! aku kalau boleh nk unfriend perempuan tuu! Tapi sebab aku nak tahu dia contact kau lg ke tak, aku TERPAKSA friend!!

Pastu bila kau pon join komen status uw, aku lagi la nak buat dia terasa, saje nk bermanja dengan kau, tapi kau..... buat tak tahu. then biar komen uw tergantung macam tu! macam aku ni SYOK SENDIRI kan????

Kau mesg aku kata,, "Malaslah balas komen awak tu,,"

Yela, sebab takut menyemak dekat status dia la kan~ but then aku suruh kau balas supaya benda tu tak tergantung, kira kau layan aku jugak laaa, TAPI, KAU?? tanya aku "laaa, kenapa pulak??" lepastu suruh padam!!!!

Fine, aku padam!! Sakitnya hati!! Rasa macam kau backup perempuan tu jeeeeeeee!!!!  Langsung tak faham pape kan???!!!!!!!!

Haishhhh aku taip ni pon tekan kuat kuat keyboard! Lantak lah rosak pon! aku nak lepas geram!!!

@#$(*$(#$@#&*_%%!%*!!!!!!!!!!!!!!!

Baik aku sambung kemas barang, nak balik UiTM esok!! BYEE!!!


Saturday, 17 November 2012

GoodLuck awak!

Hey2, ada orang tu nak tinggalkan saya pergi Shah Alam.. wuwuwuw~
Hehe, itu pon sebab orang tu join KARISMA =)

Mr. N join sukan Badminton, lawan dengan UiTM cawangan lain. 2 minggu dia busy dengan KARISMA.
Aku je busy dengan kerja. hee~

well, rindu tetap ada.. hari2 rindu kat dia. =) 
And aku, ada plan nak buat something utk dia before dia start perlawanan. Jarak jauh ni bukan penghalang, kan? kan? hehe so, aku pon fikir-fikir laaaaaaa... dan TING!!!

Muncul satu ideaa~~ 

Ehemm aku ingatkan nak buat note kata2 khas utk dia sebagai kata semangat,, tapiiiii melalui GAMBAR!! 
Yup gambar.. =) 

Itu je kemampuan aku untuk buat benda ni setakat ni. kalau bole aku nak je pergi Shah Alam sana, teman dia, tengok dia berlawan, sentiasa ada dengan dia macam SUKOL hari tu,, tapi apakan dayaaa~ hukhuk *kesat air mata* 

aku x tahu nak taip ape je nie.. tapi meyh la aku tunjukkan hasil aku untuk si dia yang aku CINTAI ituu ~ =)


Kepada awak Mr.N,, walaupun saya xde dengan awak secara jasadnya, tapi sye tetap ade disisi awak, menyokong awak, xkan benarkan awak give up!! you do ur best, saya sentiasa ade mendoakan awak, kemenangan awak, ketabahan awak, kesihatan awak. =') ILY <3

Friday, 9 November 2012

Hari Tangisan Buatku

Perasaan sedih masih tak hilang lagi. dan aku penat menangis untuk result aku yg teruk ni. 
Aku seakan tak dapt terima kenyataan. Kenapa? 

Mama aku pujuk aku, "Tak ape la, sem depan bole cuba lagi. akak dah berusaha, bukan x berusaha." Airmata mengalir~

Aku cuba pujuk hati aku, ada hikmah di sebalik apa yang aku dapat sekarang nie. Allah tahu apa yg terbaik untuk aku. ini adalah rezeki aku pada sem ini. Aku menangis lagi.

Kawan aku mesg aku, "Fit, ape cer result?" 

Hahaha, aku mampu gelak palsu ajelaa.. aku segan nak bagitahu dia, sebab aku tahu, dia pune result adalah yg terbaik. memang sentiasa tinggi aje. tapi aku beranikan juga untuk bagitahu dia pointer aku..

Dan dia.... "Takpe la Fit, kau dah buat yg terbaik, cuba lagi untuk sem depan."

Mostly memg orang akan kata gitu.. tapi diorang tak rasa apa yg aku rasa, atau org lain rasa. aku menangis lagi.

then Mr.N mesg aku, bg kata semangat dekat aku, 

"Sabar ye sayg, memg 1 kegagalan terlepas peluang NC, tp xpe lah, sayg kena teruskan k.. Jgn putus asa untuk dapatkan DL lagi sem depan, kita sama sama usaha okey,focus betul betul..target 4flat.."
Aku menangis lagi..

kat tempat kerja, akak Isya sedar mata aku macam bengkak n merah, then dia tnya aku.. ade masalah ke? 
Aku tak jawab.......

Tak lama kemudian, "Akak.... sye kecewa.." Aku cerita segalanya, dan menangis lagi..

Balik rumah,, aku plan nak bagitahu ayah aku pasal result aku, tp aku tak tahu nak bagitahu macam mana.. urmm.. takut takut aje aku melangkah ke bilik ayah aku.. 

"Urmm, ayah.."
"ye.."
"Akak dah balik...."
"haa okey.."

aku ragu ragu..

"Ayah.. urmm, result akak dah keluar.."
"Ha, kita cerita nanti.."

Okey, aku masuk bilik, dan menangis lagi.. Aku tak tahu apa reaksi ayah aku.. Aku tahu ayah aku akan bersuara, tanya aku kenapa aku dapat teruk macam tu sekali?? 

Hurmm, kesimpulannya, hari ni aku asyik menangis aje tak berhenti. pening kepala aku. n sekarang pon aku menangis lagi. senyuman palsu je aku dapat bagi. aku betul betul down~ 

orang kata aku kuat,, tp sayangnya,, kali ni aku betul betul lemah. ='( 

Thursday, 8 November 2012

REsult Sem3?

Aku tengok result aku jam 10.30 pagi. dah siap siap nak pergi kerja dah.. 
Aku bawa keluar laptop, letak atas meja, then on..
Mak aku datang, tanya "Akak nak tengok result ke?" 
Aku ye kan laaa.. then tetiba mak aku join sekali. 

Ermm,, berdebarrrrr~

Then,, email, unread! 

Urmm, aku bukak la email tu sambil di temani mama aku... and... scroll bawah.. and....

K, aku nangis tetiba.. sebab.. yeahhh sebab aku tak dapat target aku. aku jatuh bawah terus! Aku punye pointer jatuh gila gila punye gila la! 

Means, aku tak Dekan.. Siyes aku sedih bagai nak gila jugak! 

Aku harapkan NC, tapi bila dah begini jadiknya, NC dalam kepala aku terbang melayang la~~

then mama aku kat sebelah,, "Takpe la akak, sem depan cuba lagi" *sambil tepuk tepuk bahu aku*

Mum, if you do that, you make me more crying!!

Jika ini hasil aku sem lepas, hasil kesilapan aku, hasil kesalahan aku, hasil perbuatan,, takpe la, sem depan aku perbaiki semua, aku takkan mengulangi perbuatan atau kesalahan yang lalu.. 

Aku sedih. Aku kecewa. Aku tak dapat senyuman aku. Aku tak mampu nak motivate diri aku.
Aku tak boleh kawal air mata aku. Aku kecewakan ramai orang especially abang aku. Aku tak rasa aku boleh berdepan dengan kenyataan ni. 

Walau ape pon, Alhamdulillah aku takde repeat. =')

so, how can I tell my dad about this? bersedia untuk kena marah!!